CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2656|Reply: 31

Macam Klon, Ajoi Zainal Benci Dibandingkan Dengan Akim Ahmad

[Copy link]
Post time 18-2-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Gaya suara dan wajah yang dikatakan seiras Akim Ahmad bukan satu kelebihan kepada Ajoi Zainal dalam pertandingan Big Stage 2022.


Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin enggan perkara itu menjadi punca dia dibandingkan dengan vokalis kumpulan Akim & The Majistret.




Foto: IG




Oleh yang demikian, penyanyi berusia 24 tahun ini tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyanyikan lagu suami kepada penyanyi Stacy Anam itu.


"Sebenarnya dari 2018 lagi, masa saya mula-mula nak ceburi bidang nyanyian, memang ada orang cakap saya sama seperti Akim Ahmad.


"Macam-macam saya cuba, buat rambut dan gemokkan badan tapi tetap ada yang kata sama juga. Bagi saya, tak ada la sama pun... suara dia pun lain.


"Saya tak nak orang bandingkan saya dengan dia. Walaupun minat muzik dia tapi saya memang tak nak nyanyi lagu dia," katanya kepada mStar.


Foto: mStar




Ajoi ditemui ketika selepas selesai konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.


Berkongsi mengenai penyertaannya dalam Big Stage 2022, Ajoi mengakui jangkaan penonton memberi tekanan kepadanya.


Bagaimanapun, Ajoi menjadikan tekanan itu sebagai pembakar semangat untuk dia sentiasa menambah baik persembahannya setiap minggu.




  



"Secara jujurnya, jangkaan orang terhadap saya memberikan tekanan. Masa minggu pertama itu, mungkin orang dah letakkan jangkaan.


"Benda itu memang beri tekanan kepada saya. Tapi apa yang boleh dijanjikan, saya mahu perbaiki persembahan setiap minggu.


"Saya tak nak la hanya nak tunggu minggu ketiga ke keempat, tapi kalau boleh nak beri terbaik setiap minggu," ujarnya.




  



Selain Ajoi, 10 peserta lain yang turut bersaing iaitu Elica Paujin, Aisha Retno, Yasmin Aziz, Tuah Adzmi, Megat Rahim, Sofiaa, Danial Chuer, Lia Aziz, Tegar Septian, dan Syafiq Abdilah.


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan penyanyi Aina Abdul sebagai juri undangan.




  



Manakala kerusi juri pedas pula diisi oleh penyanyi Mas Idayu, manakala usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.


Program realiti itu dikendali oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, manakala tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 10:13 AM | Show all posts
Sama ke? mandai2 je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:13 AM | Show all posts
tak sama pon
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Napa muka budak ajoi ni mcm ada vibe bagi orang menyampah je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-2-2022 10:17 AM
Napa muka budak ajoi ni mcm ada vibe bagi orang menyampah je

Kan...Rasa aura negative tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:20 AM | Show all posts
jauh beza laaaa weeeyy....
antara kepam dan fresh lain tuh...
hahhahha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
G cari keje lain la dik. Takde aura retis pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Akim aura rockstar. Budak ni aura.. takpelah jumaat ni semoga baik baik saja lah dik hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 11:01 AM | Show all posts
hrmm,,, takde iras langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:09 AM | Show all posts
ponen ke heshe ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:15 AM | Show all posts
X sama pun...berangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape lah yg ckp tu? Wonder sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:20 AM | Show all posts
nauzubillah min zalik celah mana samanya??? macam anak DSVV ada la yang kacak tak kacak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:26 AM | Show all posts
muka busuk tu sama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cara berdiri msa nyanyi oun mcm xde keyakinan..no aura n charisma..lemahhhh

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh panggang dari api dik non. Cuba lagi. Macam hael pun di awal2 kemunculan. Cuma kurang pondesen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 12:16 PM | Show all posts
kesian, disamakan dgn artis kepam. patut la bengang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:20 PM | Show all posts
jauh  nau dari Akim...bakat adalah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:03 PM | Show all posts
style tu lebih kurang sama.. tp iolls lagi suka suara ajoi ni cuma tak boleh nk tgk heols menyanyi, meneran sgt.. iolls yg risau ank tekak heols terkeluar nt
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh sangat sis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.105752 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list