CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aku Didakwa Atas Tuduhan Menyakitkan Hati PAS - Fahmi Reza

17-2-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2774| Komen: 31

Kredit foto: Twitter


Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin menteri, dituduh lagi pertuduhan sama berhubung pengharaman penjualan minuman keras di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.




Mengikut pertuduhan, Fahmi Reza didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil  “Fahmi Reza” pukul 11.45 pagi pukul pada 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit apartment di Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini pukul 9 pagi pada 2 Jun 2021.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili OKS memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

“OKS telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. OKS juga tidak akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Edwin membenarkan Fahmi Reza diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.



Minggu lalu, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara melalui aplikasi Twitter tahun lalu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 17-2-2022 06:36 PM
Dulu aku follow mamat ni. Lps tu nmpk sgt dia ni balaci komunis. Bye2
Quote MelahJanda 17-2-2022 06:38 PM
balaci pas, masuklaaaaa
Quote lola0311 17-2-2022 07:25 PM
dia ni sapa asal dia punya photo selalu kontroversi
Quote ultra78 17-2-2022 08:21 PM
Dia tinggal di bandar baru sentul rupanya..
Quote djzara81 17-2-2022 08:35 PM
Berapa bayaran dia dpt eh?
Quote Decaffeinated 17-2-2022 09:58 PM
ultra78 replied at 17-2-2022 08:21 PM
Dia tinggal di bandar baru sentul rupanya..

mana ko tau?

Quote kakikuDibibirmu 17-2-2022 10:15 PM
take beeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrr!!!!!

Quote Suchi 17-2-2022 11:00 PM
swimswim replied at 17-2-2022 06:36 PM
Dulu aku follow mamat ni. Lps tu nmpk sgt dia ni balaci komunis. Bye2

Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah pun dia tenang je
Nak kata kaya mcm biasa2 je so maybe ada kabel fiber optik di dasar laut
Quote sharlenetexas 17-2-2022 11:02 PM
Mula2 suka juga tgk artwork dia tapi lama2 membosankanlah heshe ni.


Quote swimswim 17-2-2022 11:37 PM
Suchi replied at 17-2-2022 11:00 PM
Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah  ...

Pernah but very mild mcm just nk coverline yg dia x biased. Although he publicly supported abu mayat chin Peng masuk malaysia. Nak rebel tak tentu hala si punk tua ni.
Quote monreyes 17-2-2022 11:49 PM
pada aku mmg biadap..padan muka kau..
Quote fairy_fairy 18-2-2022 12:09 AM
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia nak provoke orang. Turun naik balai tu dah tak terkira. Out of curiosity iols tanyalah dia memang banyak sangat ke duit nak bayar saman, bayar lawyers segala ni? Jawapan heshe, dia ada backer. Kalau kena saman backer yang selesaikan. Kerja heshe memang to incite hatred and be annoying untuk provoke pihak musuh. Bayar bulanan 3k. Makanya, terjawab sudah hasil income heshe selama ni
Quote sharlenetexas 18-2-2022 12:11 AM
fairy_fairy replied at 18-2-2022 12:09 AM
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia ...

Pemakan gaji jugalah ni. Ada majikan.
Quote Lagubestbest 18-2-2022 12:22 AM
tak faham pasal isu Carlsberg + pas ni. Dia perli ape? I jarang update news politik skrg ni.
Quote ultra78 18-2-2022 06:53 AM
Decaffeinated replied at 17-2-2022 09:58 PM
mana ko tau?

Ada ditulis dlm pertuduhan tu
Quote Orix 18-2-2022 06:55 AM
Since when lambang PAS dikira suci ?
Quote honeybee1802 18-2-2022 09:11 AM
fairy_fairy replied at 18-2-2022 12:09 AM
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia ...

Tu la kan sistur...sbb berkali2 naik turunnya...kalo yg non pro tu sekali jah besenya....
Quote Belibis 18-2-2022 10:11 AM
Suchi replied at 17-2-2022 11:00 PM
Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah  ...

Mungkin ada payung besar kat belakang..kalau tak,mana berani hentam payung kuning.
Quote mizruncing 18-2-2022 10:23 AM
dia ni mcm ada yg cover kann. tu yg berani tu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054615 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top