View: 2117|Reply: 31
|
Aku Didakwa Atas Tuduhan Menyakitkan Hati PAS - Fahmi Reza
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Twitter
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin menteri, dituduh lagi pertuduhan sama berhubung pengharaman penjualan minuman keras di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Bagaimanapun Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Mengikut pertuduhan, Fahmi Reza didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil “Fahmi Reza” pukul 11.45 pagi pukul pada 1 Jun 2021.
Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit apartment di Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini pukul 9 pagi pada 2 Jun 2021.
Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili OKS memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.
“OKS telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. OKS juga tidak akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Edwin membenarkan Fahmi Reza diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Minggu lalu, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara melalui aplikasi Twitter tahun lalu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku follow mamat ni. Lps tu nmpk sgt dia ni balaci komunis. Bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
balaci pas, masuklaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sapa asal dia punya photo selalu kontroversi |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tinggal di bandar baru sentul rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa bayaran dia dpt eh? |
|
|
|
|
|
|
|
take beeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrr!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 17-2-2022 06:36 PM
Dulu aku follow mamat ni. Lps tu nmpk sgt dia ni balaci komunis. Bye2
Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah pun dia tenang je
Nak kata kaya mcm biasa2 je so maybe ada kabel fiber optik di dasar laut |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 suka juga tgk artwork dia tapi lama2 membosankanlah heshe ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-2-2022 11:00 PM
Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah ...
Pernah but very mild mcm just nk coverline yg dia x biased. Although he publicly supported abu mayat chin Peng masuk malaysia. Nak rebel tak tentu hala si punk tua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku mmg biadap..padan muka kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia nak provoke orang. Turun naik balai tu dah tak terkira. Out of curiosity iols tanyalah dia memang banyak sangat ke duit nak bayar saman, bayar lawyers segala ni? Jawapan heshe, dia ada backer. Kalau kena saman backer yang selesaikan. Kerja heshe memang to incite hatred and be annoying untuk provoke pihak musuh. Bayar bulanan 3k. Makanya, terjawab sudah hasil income heshe selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
fairy_fairy replied at 18-2-2022 12:09 AM
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia ...
Pemakan gaji jugalah ni. Ada majikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham pasal isu Carlsberg + pas ni. Dia perli ape? I jarang update news politik skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 17-2-2022 09:58 PM
mana ko tau?
Ada ditulis dlm pertuduhan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Since when lambang PAS dikira suci ? |
|
|
|
|
|
|
|
fairy_fairy replied at 18-2-2022 12:09 AM
Ada juga sorang kawan FB iols berperangai lebih kurang macam Fahmi ni. Setiap hari ada jer kerja dia ...
Tu la kan sistur...sbb berkali2 naik turunnya...kalo yg non pro tu sekali jah besenya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-2-2022 11:00 PM
Dia tak penah nganjing belah sana ya? Tertanya gak dia mmg nampak berani betul kuar masuk mahkmah ...
Mungkin ada payung besar kat belakang..kalau tak,mana berani hentam payung kuning. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mcm ada yg cover kann. tu yg berani tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|