CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ketahui Hak Anda Sebagai Jiran Yang Teraniaya!

17-2-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4279| Komen: 50

Bagi yang menetap di taman perumahan, kes pagar rumah dihalang kereta jiran sering berlaku, sekaligus membuatkan suasana kehidupan menjadi kurang harmoni.


Menurut peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri, kes-kes sedemikian sudah menjadi perkara biasa sepanjang tujuh tahun dia berkecimpung dalam bidang itu.

"Bila berlaku kes begini, mereka fikir ia isu bergaduh dengan jiran semata-mata. Biasanya, selepas nasihat cara baik pun jiran tak dengar, ada tuan rumah ambil tindakan kongsi masalah di media sosial sehingga viral. Ada kes yang pernah saya dapat, mereka bergaduh dan bertengking sehingga satu taman keluar.


Kredit foto: FB Syazwan


"Jarang sangat yang rujuk kes-kes begini kepada pihak berkuasa, jadi mereka tak tahu bahawa kita semua ada hak di sisi undang-undang. Bergaduh tak boleh selesaikan isu pun," ujar pengamal undang-undang yang berusia 31 tahun itu.

Senang disapa Syazwan, dia turut berkongsi beberapa akta yang terpakai dalam kes-kes tersebut dan antaranya merupakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

"Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987, pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ atau pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk clamp dan towing kereta yang menghalang atau menyusahkan orang lain.

"Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini. Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama," ujarnya lagi.



Tambah Syazwan, perbuatan meletakkan kereta sehingga menghalang rumah orang turut dikira sebagai kesalahan tort kacau ganggu peribadi.

Malah, pemilik rumah juga boleh mengemukakan saman dan mendapatkan perintah halangan agar pelaku (jiran) tidak lagi meneruskan salah laku tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 17-2-2022 06:18 PM
Entahla akak prefer pasif agresif punya gaduh... bcos i'm a petty sagittarius like that











Quote shernazz 17-2-2022 06:36 PM
Apa masalah dok parking depan rumah orang neh?
Ada yang 1 rumah ada 4 5 kete
Baik kau dok rumah kampung yang keliling boleh oarking even bawah pokok durian sekalipung...
Jalan.taman dari 2.lorong jadi selorong je..jimbit
Quote jas7512 17-2-2022 06:39 PM
Jiran2 kdg tumpang parking keta umah i...i ok je since i pun xde keta so ruang parkir tu mmg kosong since my jiran ni mmg ada 4 5 keta....dan mrk pun pandai peribahasa org berbudi kita berbahasa.  Kdg2 mrk belikan or bg i mknan/minuman as a token..i ok je..x bg pun ok..janji blh saling hidup harmomi gitu
Quote lasagnaklcc 17-2-2022 06:45 PM
2 rumah jiran i gini la. Sedara mara dgn kwn2 yg dtg rumah diorg pon sama. Mmg parked betul2 dpn gate menyusahkan org. Sampai skrg masih bebal tak faham2.
Quote Lagubestbest 17-2-2022 06:51 PM
tak kesah pun kalau rumah terhalang hari perayaan, majlis kawin dua tiga hari atau tetibe ada sesuatu kejadian. Yang buat marah yang jenis park halang rumah tak kira masa.
Quote azimodin 17-2-2022 07:31 PM
Kalau x halang kereta tuan rumah keluar masuk ok la. Rumah aku corner lot, mmg selalu je orang parking tepi2. Yang jadi masalahnya bila aku balik kerja, ada kereta parking betul2 kat gate rumah. Aku hon berkali2 tuan kereta x keluar sampaikan aku kena park kat playground. Kes ke 2 masa jiran aku buat makan2 kat rumah dia, tuan punya kereta alihkan kereta dia sikit je, body kereta separuh lagi halang laluan masuk.. berpeluh2 aku nak park. Kejadah. Kes ke 3 bila orang park depan rumah sebab nak hantar anak pergi tadika depan rumah aku. Aku dah la lambat nak gi kerja, mak budak tu boleh kedek2 lagi lambai anak dia. Kejadah
Quote adm7 17-2-2022 07:58 PM
Memang banyak je kes jiran takda sivik parking depan rumah orang. Tuan rumah pentingkan diri sendiri ubahsuai rumah tarik depan belakang sampai tak da ruang untuk parking. Bila dah takda parking mula la parking depan rumah orang, rezab jalan atau tengah jalan sebabkan laluan jadi sempit dan menyusahkan orang ramai. Yang terkesan dah tentulah jiran sebelah rumah yang terjejas emosi, mental, fizikal, masa dan wang. Takkan pulak orang lain yang kena bertolak ansur atas sikap selfish jiran celaka macam ni? Masa ubah suai rumah takda pulak fikir soal hidup bermasyarakat dan kena tolak ansur.
Quote nazurah 17-2-2022 08:10 PM
jiran mcm ni mana2 ada... jiran aku lagi best, dia tak duduk sini tapi parking 2 biji kenderaan dia kat sini, kalau dia datang mau 3-4 biji kereta depan rumah. jiran sebelah pulak kereta 3 bijik buat parking punyalah besar tetap jugak bodoh nak parking elok2.... park juga kat bahu jalan.

kita nak keluar rumah pun kena ke depan, ke belakang... adjust nak lepas takmo langgar kereta depa.
Quote monreyes 17-2-2022 08:19 PM
mcm nebor aku la..satu keluarga dgn sedara mara ..kwn2 dorang mcm babi..aku tepon polis je...dpt tazkirah free
Quote Decaffeinated 17-2-2022 08:43 PM
Aku takde masalah parking. Jiran2 aku pun takde masalah.

Taman perumahan kami ni banyak giler kot parking.

Tu ja nak cakap.

Quote zehra2 17-2-2022 08:45 PM
aku pasang cctv 4 camera.. bila anak jiran dtg park hilux dpn pagar rumaj, aku amik gambor dari cctv tu n post kt whatsapp taman.
parking kt lorong blkg pun betul2 dpn pintu pagar kita. nk buka pintu pun payah. blkg rumah bpk dia melapang..
aku post kt group skolah baru sedara mara depa tegur kot. nasib la
Quote Supersirap 17-2-2022 08:53 PM
Semoga kesemua kita dapat tinggal di kawasan perumahan yang harmoni sesama jiran tetangga
Quote bungarose 17-2-2022 08:56 PM
Nak pakai kereta banyak kena ler pilih rumah yang sesuai. Jangan menyusahkan orang ler
Quote borrow 17-2-2022 09:00 PM
dani-rox replied at 17-2-2022 06:18 PM
Entahla akak prefer pasif agresif punya gaduh... bcos i'm a petty sagittarius like that

lol yg last tu bungkus trus. rip
Quote Normabaru 17-2-2022 09:02 PM
monreyes replied at 17-2-2022 10:19 PM
mcm nebor aku la..satu keluarga dgn sedara mara ..kwn2 dorang mcm babi..aku tepon polis je...dpt taz ...

Oh blh ye tepon polis..

Ko ckp ape dik..share skrip pls
Quote eizarz 17-2-2022 09:04 PM
nazurah replied at 17-2-2022 08:10 PM
jiran mcm ni mana2 ada... jiran aku lagi best, dia tak duduk sini tapi parking 2 biji kenderaan dia  ...

jiran yg mcm ni yg paling hamlau....
Quote borrow 17-2-2022 09:06 PM
Nasib baiklah jiran ok , cuma sesekali rombongan sedara mara deyols dtg . Penuh la keta. Tp panggil ja deyols trus undur. Neway klo Jjiran yg parking terlebey tu mebi boleh atur pasu utk halang . Tak pun balas balik , parking ja dpn pagar deyols hehe.
Quote faraway1 17-2-2022 09:18 PM
dulu selalu alami, sebab our neighborhood jenis parking tepi jalan, kalau ada tanah pun sekadar boleh parking 1 keta.. mostly kalau couple ada 2 keta.

kami pula jenis tanah besar , boleh muat 11 keta camtu tapi my tenants yang ada keta cuma 7 orang aje,
kami keta 3 biji dalam garage.

so perasan orang boleh parking dalam tanah kami... tapi sejak my husband menjadi semakin garang, tak berani dah.. selesai masalah plus kami tutup jalan juga so hanya tenants aje boleh access...

me ingat couple of year dulu ada orang suruh me alih keta sebab dia nak parking, quick parking so me parking camtu aje tapi still dalam tanah sendiri, me pandang sinis aje sambil kata kau napa, my own land not yours.. senyap terus cari parking lain..
Quote rikiruj 17-2-2022 09:35 PM
Dulu ada kena masaalah gini.. kita ada 2 kete, rumah link house cuma boleh muat 1 kete dalam porch 1 kena depan rumah. Jiran selang 3 rumah kete tak tau berapa pastu kadang dia park depan rumah tinggalkan sampai berhari2… kita nak parking kete lagi satu tak tau kat mana.. pastu licik pulak orangnya susah nak jumpa. Tapi at last dapat jugak bersembung masa dia nak ambik kete, terus aku sound la aku pun ada 2 kete suruh dia park depan rumah sendiri la.. tersipu2 ckp ok2.. sib baik paham bahasa

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top