Seremban: Seorang wanita yang juga anak tunggal sanggup berhenti kerja bagi menjaga bapanya yang kehilangan kaki kiri akibat kencing manis selain uzur.
Md Nor Mohamad, 70, berkata, sebelum ini, anak tunggalnya itu, Noor Farah Dianna, 40, bekerja di sebuah syarikat swasta di Rasah Jaya. "Noor Farah Dianna berhenti kerja hujung tahun lalu ketika keadaan kesihatan saya tidak menentu akibat kaki dipotong separas betis Mei tahun lalu," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau malam tadi. Kata Md Nor, dia sebelum ini bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan bersara 14 tahun lalu. "Saya ada pencen RM1,000 dan wang inilah yang kami dua beranak gunakan untuk perbelanjaan harian. "Hanya Noor Farah Dianna saja yang saya ada kerana isteri meninggal dunia lapan tahun lalu. Lebih membuatkan saya terharu, Noor Farah Dianna sanggup mengorbankan masa depannya dengan berhenti kerja untuk menjaga saya," katanya. Md Nor berkata, setakat ini, dia belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sejak bergelar orang kurang upaya (OKU). "Bagaimanapun, terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hashim Rusdi, yang menyumbang kerusi roda untuk kegunaan saya di rumah dan saya amat menghargainya. "Saya juga terharu masih ada yang ambil berat kerana tidak tahu hendak mengadu kepada siapa," katanya Noor Farah Dianna pula berkata, dia rela hidup membujang dan menjaga bapanya yang amat memerlukan sokongan selepas ibunya meninggal pada 2014. "Saya adalah satu-satunya anak yang ayah ada, apa pun terjadi, ayah adalah keutamaan saya sebelum memikirkan kehidupan sendiri. Saya bahagia jika ayah gembira. "Sebelum ini, ayah tinggal bersama saya di Seremban ketika saya bekerja dan dia mengajak saya kembali ke rumah pusaka ini selepas berhenti kerja," ujarnya. Tambahnya, dia percaya janji Allah SWT itu pasti tetapi janjinya ialah menjaga ayahnya yang semakin uzur. "Mula-mula, ayah nampak sedih tetapi dia sudah boleh terima kenyataan yang dia kini bergelar OKU. Ayah juga minum susu khas berharga kira-kira RM90 setin. "Ayah ada beritahu, kalau ada duit lebih, dia hendak beli motosikal roda tiga untuk memudahkannya bergerak. "Ini kerana, kami terpaksa menggunakan khidmat e-hailing jika mahu keluar membeli barangan," katanya. Katanya lagi, bapanya juga berdepan masalah katarak dan memerlukan RM700 untuk mendapatkan kanta mata. "Kami tiada wang sebanyak itu. Untuk menempah kaki palsu untuk ayah pun kami tidak mampu. Ia berharga RM3,200," katanya. Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Noor Farah Dianna di talian 017-3067673. Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bilal Muda Mohammad Alif Haikal Mohd Haris berkata, pihaknya sedang mengumpul dana bagi menempah kaki palsu untuk Md Nor. "Orang ramai yang mahu menyumbang juga boleh menghubungi saya di talian 017-6525446," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
pyropura replied at 17-2-2022 04:01 PM
Ni kes makpak nyusahkan anak. Dulu depa sedap buat anak
Babai: Yeke sanggup tak kawin sebab j ...
pyropura replied at 17-2-2022 04:01 PM
Ni kes makpak nyusahkan anak. Dulu depa sedap buat anak
epal21 replied at 17-2-2022 04:31 PM
Kesiannya akak ni. Iols berdoa semoga kita semua tak perlu buat keputusan yg susah ni, kena berhenti ...
ADVERTISEMENT