CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4658|Reply: 76

Anak Tunggal Sanggup Tak Kahwin Nak Jaga Ayah Uzur

[Copy link]
Post time 17-2-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang wanita yang juga anak tunggal sanggup berhenti kerja bagi menjaga bapanya yang kehilangan kaki kiri akibat kencing manis selain uzur.


Md Nor Mohamad, 70, berkata, sebelum ini, anak tunggalnya itu, Noor Farah Dianna, 40, bekerja di sebuah syarikat swasta di Rasah Jaya.


"Noor Farah Dianna berhenti kerja hujung tahun lalu ketika keadaan kesihatan saya tidak menentu akibat kaki dipotong separas betis Mei tahun lalu," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau malam tadi.


Kata Md Nor, dia sebelum ini bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan bersara 14 tahun lalu.




Foto: Harian Metro




"Saya ada pencen RM1,000 dan wang inilah yang kami dua beranak gunakan untuk perbelanjaan harian.


"Hanya Noor Farah Dianna saja yang saya ada kerana isteri meninggal dunia lapan tahun lalu. Lebih membuatkan saya terharu, Noor Farah Dianna sanggup mengorbankan masa depannya dengan berhenti kerja untuk menjaga saya," katanya.


Md Nor berkata, setakat ini, dia belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sejak bergelar orang kurang upaya (OKU).


"Bagaimanapun, terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hashim Rusdi, yang menyumbang kerusi roda untuk kegunaan saya di rumah dan saya amat menghargainya.


"Saya juga terharu masih ada yang ambil berat kerana tidak tahu hendak mengadu kepada siapa," katanya


Noor Farah Dianna pula berkata, dia rela hidup membujang dan menjaga bapanya yang amat memerlukan sokongan selepas ibunya meninggal pada 2014.


"Saya adalah satu-satunya anak yang ayah ada, apa pun terjadi, ayah adalah keutamaan saya sebelum memikirkan kehidupan sendiri. Saya bahagia jika ayah gembira.


"Sebelum ini, ayah tinggal bersama saya di Seremban ketika saya bekerja dan dia mengajak saya kembali ke rumah pusaka ini selepas berhenti kerja," ujarnya.


Tambahnya, dia percaya janji Allah SWT itu pasti tetapi janjinya ialah menjaga ayahnya yang semakin uzur.


"Mula-mula, ayah nampak sedih tetapi dia sudah boleh terima kenyataan yang dia kini bergelar OKU. Ayah juga minum susu khas berharga kira-kira RM90 setin.


"Ayah ada beritahu, kalau ada duit lebih, dia hendak beli motosikal roda tiga untuk memudahkannya bergerak.


"Ini kerana, kami terpaksa menggunakan khidmat e-hailing jika mahu keluar membeli barangan," katanya.


Katanya lagi, bapanya juga berdepan masalah katarak dan memerlukan RM700 untuk mendapatkan kanta mata.


"Kami tiada wang sebanyak itu. Untuk menempah kaki palsu untuk ayah pun kami tidak mampu. Ia berharga RM3,200," katanya.


Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Noor Farah Dianna di talian 017-3067673.


Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bilal Muda Mohammad Alif Haikal Mohd Haris berkata, pihaknya sedang mengumpul dana bagi menempah kaki palsu untuk Md Nor.


"Orang ramai yang mahu menyumbang juga boleh menghubungi saya di talian 017-6525446," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lama juga tu tak dpt apa2 bantuan, potong kaki mei tahun lepas, ke sebab pakcik ni ada pencen tak layak dpt bantuan, kesian juga income rm1k sebulan mana lah cukup zaman skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes makpak nyusahkan anak. Dulu depa sedap buat anak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-2-2022 04:01 PM
Ni kes makpak nyusahkan anak. Dulu depa sedap buat anak

Ko nih
Sian jgk si anak ni..sok bapaknya dh tak de, caner la nk teruskn hidup..ada lg ke org nk ambik keje
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke sanggup tak kawin sebab jaga bapak? Kalau lawa boleh la aku cuba nak percaya kisah ni, tapi kalau...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga semua urusan dipermudahkan
baca kt tred arwah staff kwsp yg meninggal ms sujud dlm solat dhuha tu,arwah pun single lg and jaga mak dia yg lumpuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya kak ni. Semoga ramai membantu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga syurga buat si anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya akak ni. Iols berdoa semoga kita semua tak perlu buat keputusan yg susah ni, kena berhenti kerja untuk jaga spouse/anak yg tak sihat.Bukan ke sepital gomen ada jabatan kebajikan yg ajan amik details n bagi subsidi untuk pesakit kurang kemampuan? Sepatutnya kena ada elaun untuk caregiver, kesiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai: Yeke sanggup tak kawin sebab j ...
Ada je cantik comel memang sanggup andartu sbb jaga parents. 5 tahun lepas sheols was 45 dan ketemu jodoh juga akhirnya, itupun lepas parents gone. Ada je orang gitu sistur. Now 50 tp nampak mcm 30.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 sbb ni kot kita kena ada anak lebih drpd seorang.

Kalau dia kawen pun boleh je itupun kalau suaminya izinkan dia jaga bapak dia tu.
Akak ni pun dah tua sian juga dia moga nanti dia bertemu jodoh dgn lelaki yg baik2 dan dikurniakan anak2 yg baik seperti mana dia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-2-2022 04:01 PM
Ni kes makpak nyusahkan anak. Dulu depa sedap buat anak

org selalu ckp..sorang ibu boleh jaga 10 anak..tp 10 anak.tak.boleh jaga sorang ibu ni
ini betul..sebab bila anak tu dewasa dsn besar..dia akan jaga 10 anak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:58 PM | Show all posts
moga dipermudahkan segala urusannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat partime jugaklah... Kang ayah mati. Nak sara hidup camna. Umo dah 40. Perlu difikirkan juga
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Not a wise decision tapi dia lagi tau kot... hopefully dapatla kumpul duit utk bapak dia beli kaki palsu..at least boleh gerak anak boleh carik keje balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 05:06 PM | Show all posts
dia boleh start belajar jadi caretaker org2 sakit/org tua, dan boleh buat biz on that. kena pandai cari peluang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lah sebegitu  cubalah kerja umur 40 masih sihat bila kerja ada epf ada gaji utk sara waktu tua, perlu latihan kpd org oku buat kerja simple memasak membasuh bergerak dlm rumah sbb tangan belum kudung, umur  50 nnt susah cari kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:59 PM | Show all posts
Semoga ada yang sudi membantu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 17-2-2022 04:31 PM
Kesiannya akak ni. Iols berdoa semoga kita semua tak perlu buat keputusan yg susah ni, kena berhenti ...

Betul. Ade jabatan kerja sosial, tp dgn syarat once minta bantuan kt media sosial, terus xlayak.. Selalunye gitu la.. Org yg gaji 8k pon boleh dpt, ade budi bicara, akan kira komitmen etc

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan hidup mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.771087 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list