CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pastu Aku Nak Kerja Naik Apa?" Azhan Rani Lepas Geram, X70 'Jerking' Kena Tinggal Lama Di Pusat Servis

17-2-2022 01:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8780| Komen: 64





Aktor versatail, Azhan Rani, 46, menularkan masalah yang dialami Proton X70 miliknya yang didakwa mengalami masalah gear sentak (jerking) hingga terpaksa ditinggalkan berminggu-minggu di Pusat Servis untuk dibaik pulih.

Menurut Azhan dalam satu perkongsian di Facebooknya, masalah transmisi kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya mula terjadi sejak dua tahun lalu dan ia berlaku ketika berada dalam gear rendah.

" Siapa geng X70 ada masalah gear jerking? tahun 2019 aku cukup obses dengan kereta ala knight rider ni. lepas 2 tahun ada jerking2 sikit terutama bila low gear. katanya ni memang masalah biasa X70. aku je yang lalai baru tau".

Selepas seminggu lebih SUV miliknya berada di pusat service, Azhan menghubungi pusat service tersebut untuk bertanyakan "progress" SUV nya namun diberitahu supaya menunggu 2 hingga 3 minggu lagi kerana SUV miliknya sedang diuji dan cuba untuk dibaiki.


“ Dah seminggu lebih dia (Proton X70) kat service centre. Tadi aku call katanya mungkin 2 ke 3 minggu lagi aku kena tunggu. Diaorang try repair and test.

“ Kalau ok aku dapat balik. Kalau tak ok aku kena tunggu lagi tak tau berapa lama lagi untuk diaorang issue gear box yang masih under warranty lagi tu.” katanya.

Loading FB Post...

Mungkin geram dengan jawapan itu, Azhan membangkitkan beberapa persoalan disebabkan SUV miliknya terpaksa disimpan lebih lama di pusat servis itu.

" Pastu aku nak kerja naik apa? Grab? Pastu bulan2 tetap kena bayar bank kan? Pastu dah problem kenapa jual lagi. Eh malas la nak pikir.. nak nyanyi jap…dah jangan kacau aku.” katanya.

Meninjau di ruangan komen, pengikut Azhan turut memberi pelbagai reaksi mengenai perkongsian ini.


Mungkin kah terlalu banyak kereta di pusat service itu hingga terpaksa tunggu lama? Apa pun, memang menyusahkan juga kalau terpaksa tinggal kereta berminggu-minggu untuk baiki. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 17-2-2022 01:06 PM
X50 berbbaloi tak
Quote dejure 17-2-2022 01:16 PM
Edited by dejure at 17-2-2022 01:17 PM

Sewa lh kereta bang oii.takpon naik ajelh grab.tu pon nk kecoh ke
Quote cmf_ctrl 17-2-2022 01:19 PM


Me : Hi proton..take me to service centre


[youtube]qQT5Bu5eAUA[/youtube]

Quote bukannasigoreng 17-2-2022 01:21 PM
proton ni selamat sebab semua pengguna jenis reda je
Quote Mopiko 17-2-2022 01:27 PM
elok gak orang ada nama complain macam ni biar proton buka mata..over nau repair sampai berminggu2 siap ada 2 bulan tu. mentang2 lah ganti barang under waranty.kesian kat pengguna wei... i pakai kereta import tukar barang under warranty pun tinggal 2 hari je
Quote AbukRokok 17-2-2022 01:37 PM
nasib baik atok cow xjadi projek kereta nasional ke 3
Quote rastaf 17-2-2022 01:40 PM
supersudoku: X50 berbbaloi tak


design dia not bad...macam range rover evoque pun ada sekali tengok
tapi kalau aku prefer toyota rush untuk harga saing2 x50 ni...toyota mmg diyakini dari segi engine perfomance, after sales services semua mantapp..ni pendapat aku je... duit masing2
Quote buragazz 17-2-2022 01:41 PM
Haa ni aku nak cerita pasal aku nye preve accident... kereta aku accident pastu siap polis yang amek report tu kata hantar kat proton jgn hantar bengkel panel nanti dia buat cacamarba so sekejapan agent Proton tu dtg amek kereta aku so disebabkan 1st time kene aku ikut je.. lepas 2 minggu aku call shop cakap barang tak sampai2 memula dengan alasan covid.. sampailah hari ke 30 aku dah tak boleh tahan.. kawan aku accident seminggu selepas aku accident lagi teruk siap pintu terpelanting kene langgor ngan lori.. 2 minggu dah settle (Vios)

Berbalik pada kes aku.. aku dah mula hangin.. yang paling aku tak boleh blah aku call spare part centre tak berangkat pastu Proton bagi alasan diorang lambat pasal stock take.. dia ingat aku ni keje kilang buat paku agaknya aku sound dia balik aku keje kilang kereta ko tak payah nak kencing stock take paling2 pun 2 hari.. ni dah sebulan lebih

Last2 aku dah menyirap start hari ke 35 aku dah mula buat countdown dalam FB aku #Proton.. dan aku lupa yg dalam friendlist aku ada X boss (Nama di Rahsiakan ) aku yang mana sekarang ni dia di Proton.. aku siap CC FB CEO proton si Li Chunrong tu tak tau la official ke tidak..

Hari ke 36 ada staff HQ call aku dia kata dia dari office x boss aku dia akan tolong settle kan masaalah aku.. esoknya pagi dalam 10am camtu Shop call barang dah sampai petang tu jugak dah boleh ambik kereta..

Dalam hati aku.. aik boleh pulak.. memang kene buat gini baru nak gerak..
Quote Supersirap 17-2-2022 01:43 PM
Apa masalah pusat servis proton ni?
Quote PinkyPie 17-2-2022 01:47 PM
Sama dgn bini rody Kristal tulis thn bila ntah
Quote cap_ayam 17-2-2022 01:53 PM
proton memang ada masalah kan dengan after sales service dia? hari tu keta kaka dekat 3 minggu jugak sebab katanya order spare part dari China tak sampai lagi.
Quote meah_kelabu 17-2-2022 02:03 PM
yg pasti service proton lg mahal dr servis2 kete lain
kdang2 masalah kecik2 je. clip la hape
tp mmg annoying
Quote Suchi 17-2-2022 02:06 PM
Yang boleh parking sendiri tu keta ni ke hat X50 tu? Dedua pun proton kan?
Quote hotmak 17-2-2022 02:07 PM
grab kan ada
Quote Bergosip 17-2-2022 02:12 PM
supersudoku replied at 17-2-2022 01:06 PM
X50 berbbaloi tak

uols lasak tak? pernah accident?

X70 dan X50 kalau rosak, memang lama terbiar dekat pusat servis proton. Iols pengguna X70, buat masa skrang tak pernah ada masalah lagi. Maybe sebab iols pon jarang keluar rumah since WFH dan company yang iols kerja ni buat WFH sampai akhir tahun ni.

Dalam group X70 (facebook), ramai complaint yang kereta dorang berbulan dekat pusat servis. Alasannya sebab spare part
Quote laksmanabentan 17-2-2022 02:15 PM
masalah biasa proton adalah spare part..

sama ada spare part tak ready, masalah kat proton parts
atau masalah spare parts import dari China...
Quote kakakko 17-2-2022 02:18 PM
Pernah dengar khabar angin kata x70 ni memang banyak masalah. Sayang seribu kali sayang. Lawa tapi problem pulekk..
Quote AshkieLa 17-2-2022 02:19 PM
pinjam laa keta kawan2 retis ko yg lain.
takkan masing2 ade sebijik keta je.
marhaen pun at least 2 bijik...
Quote DayangKirana 17-2-2022 02:21 PM
kah kah kah kah kah kah...
cube letak dlm group proton X70 tu, sure ade yang bekap.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045600 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top