Aktor versatail, Azhan Rani, 46, menularkan masalah yang dialami Proton X70 miliknya yang didakwa mengalami masalah gear sentak (jerking) hingga terpaksa ditinggalkan berminggu-minggu di Pusat Servis untuk dibaik pulih.
Menurut Azhan dalam satu perkongsian di Facebooknya, masalah transmisi kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya mula terjadi sejak dua tahun lalu dan ia berlaku ketika berada dalam gear rendah.
" Siapa geng X70 ada masalah gear jerking? tahun 2019 aku cukup obses dengan kereta ala knight rider ni. lepas 2 tahun ada jerking2 sikit terutama bila low gear. katanya ni memang masalah biasa X70. aku je yang lalai baru tau".
Selepas seminggu lebih SUV miliknya berada di pusat service, Azhan menghubungi pusat service tersebut untuk bertanyakan "progress" SUV nya namun diberitahu supaya menunggu 2 hingga 3 minggu lagi kerana SUV miliknya sedang diuji dan cuba untuk dibaiki.
“ Dah seminggu lebih dia (Proton X70) kat service centre. Tadi aku call katanya mungkin 2 ke 3 minggu lagi aku kena tunggu. Diaorang try repair and test.
“ Kalau ok aku dapat balik. Kalau tak ok aku kena tunggu lagi tak tau berapa lama lagi untuk diaorang issue gear box yang masih under warranty lagi tu.” katanya.
Mungkin geram dengan jawapan itu, Azhan membangkitkan beberapa persoalan disebabkan SUV miliknya terpaksa disimpan lebih lama di pusat servis itu.
" Pastu aku nak kerja naik apa? Grab? Pastu bulan2 tetap kena bayar bank kan? Pastu dah problem kenapa jual lagi. Eh malas la nak pikir.. nak nyanyi jap…dah jangan kacau aku.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, pengikut Azhan turut memberi pelbagai reaksi mengenai perkongsian ini.
Mungkin kah terlalu banyak kereta di pusat service itu hingga terpaksa tunggu lama? Apa pun, memang menyusahkan juga kalau terpaksa tinggal kereta berminggu-minggu untuk baiki. - CARI
|