CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'"Bila Dibelah Tiada Darah' - 6 Doktor Pakar Masih Gagal Rawat Penyakit Misteri Ustaz Kazim

17-2-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4463| Komen: 27

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias memberitahu masih meneruskan rawatan bersama enam doktor pakar bagi merawat sakit misteri yang dialami sejak tahun lalu.


Kata Ustaz Kazim, 49, biarpun penyakit misterinya gagal dikesan, beliau tetap istiqamah dan berikhtiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif.


Kredit foto: IG/FB Ustaz Kazim

"Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital setakat ini dengan enam doktor pakar. Mereka sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit yang saya hadapi.

"Memang jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan seperti yang dijangka tapi saya mengikut prosedur mereka semua untuk membuat MRI, ambil darah dan sampel spesimen.


"Jadi bila mengatakan tidak ada penyakit dan tidak diketahui tidak ada masalah, saya okey dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan itu ketika ini.

"Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan ada lagi pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.

"Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas padahal saya sudah buat semua prosedur termasuk dua tiga bulan jalani pembedahan," katanya kepada Gempak.


Gempak

Menceritakan semula keadaan ketika kakinya dibedah sekitar hujung tahun lalu, kata Ustaz Kazim doktor tidak menemui sebarang masalah. Malah, tiada darah atau nanah yang keluar ketika dibedah.

"Sebab kaki saya dah bengkak maka saya izinkan doktor untuk membelah dan memeriksa keadaan saya.

"Bila dibelah tidak ada darah dan nanah. Bukti video saya ada tetapi masalahnya hendak tunjuk kepada media takut dikatakan cari propa (propaganda). 

"Itu yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar. Malah ada juga rakaman video di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini," tambahnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 17-2-2022 12:39 PM
Lama jugak yaa dia sakit. Ntah2 ada antara doa org yg dia aniaya yg termakbul...gitu kata hati hitam aii..
Quote Cookingholic 17-2-2022 12:57 PM
orkid_amani: Lama jugak yaa dia sakit. Ntah ...

Hatiku pun sama hitam. Edisi cash maybe?
Quote Supersirap 17-2-2022 01:46 PM
Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan
Quote fealefea 17-2-2022 01:57 PM
ntah2 doa sendiri termakbul. contoh aku sanggup tanggung akibatnya jika si polan bersalah. Allah pon kabulkan. Gitu la
Quote miracle_forever 17-2-2022 02:00 PM
sejak kes kat tahfiz dia tu… menyampah tgk dia ni
Quote prince_marhaen 17-2-2022 02:11 PM
mungkin perlu jumpa orang yang beliau aniaya tanpa sedar? atau anak beliau? ekekekeke.... hati meols pun dah hitam sebab meols pernah berurusan secara langsung......layanan nak super vvip yek...kuasekkk.
Quote kikyou 17-2-2022 02:12 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote Nham22 17-2-2022 02:16 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2022 02:11 PM
mungkin perlu jumpa orang yang beliau aniaya tanpa sedar? atau anak beliau? ekekekeke.... hati meols ...

Gitu ka seorg ustaz yg soleh... Nak kene dilayan super vvip jua ka??? Demand betol... Die ingat die raja..? Layanan ikut protokol ok lg.. Tp super vvvvip tu mcm berlebihan
Quote indenial 17-2-2022 02:18 PM
miracle_forever replied at 17-2-2022 02:00 PM
sejak kes kat tahfiz dia tu… menyampah tgk dia ni

Terlepas ketapi. Kenapa dengan kes tahfiz? Macam penah dengar tp i tak ingat penceramah yang mana. Gituh minta disuap
Quote kucingitam 17-2-2022 02:33 PM
sama2 kita ati itam...
Quote KamikuP 17-2-2022 03:16 PM
Moga diberi kesembuhan buat ustaz pujaan hatiku. Persetankan forumer acik2 gundu kepam kat sini ye ustaz.. hati depa hitam persis bontot kuali
Quote prince_marhaen 17-2-2022 03:17 PM
indenial replied at 17-2-2022 02:18 PM
Terlepas ketapi. Kenapa dengan kes tahfiz? Macam penah dengar tp i tak ingat penceramah yang mana. ...

kes ini sis :

https://lobakmerah.com/kita-bert ... k-bertanggungjawab/

https://www.sinarharian.com.my/a ... Al-Barakah-didengar

https://b.cari.com.my/forum.php? ... p;extra=&page=1
Quote anony-mous 17-2-2022 03:17 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2022 02:11 PM
mungkin perlu jumpa orang yang beliau aniaya tanpa sedar? atau anak beliau? ekekekeke.... hati meols ...

I pon 50-50 pasal ni. Cuba la dlu cari mangsa & mintak maaf. Mana tau ada positif result. Kalau x ada pon, mmg patut rasanya mintak maaf
Quote Thunderclouds 17-2-2022 03:54 PM
Sorry. Xsimpati lgsung. Ex student tahfiz tu smpai skarang ulang alik sepital jmpa psychiatrist. Syaiton pulak dh lari p mana. Kes pulak krik krik..Ummah nusantara susah nk terima kalo alim ularmak buat taik. Xkan ularmak nk menipuuu..Pewaris nabi katanya.
Quote Denco 17-2-2022 04:20 PM
aku mmg hati keladak tngok dia ni...xleh nak rasa husnuzon, sorry
Quote indenial 17-2-2022 07:00 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2022 03:17 PM
kes ini sis :

https://lobakmerah.com/kita-bertemu-di-mahkamah-robbul-jalil-ibu-kecewa-kes-cabul-a ...

Oh ya la i pernah terbaca dlu. Kesian budak tu ulang alik Tg Rambutan untuk terapi Thanks tolong tepekkan u
Quote luvly_snow8608 17-2-2022 08:40 PM
no alfatihah for u bak kata sis changa

bagi iols pulak, cash utk segala keburukan yang heols & anak teragung dah buat. doa2 insan teraniaya dimakbulkan la tu.

bila turn yebit euwww nak kene kifarah mcmnie ehhhh
Quote theotherfriend 17-2-2022 09:08 PM
He is 53 this year. Mana datangnya 49?
Quote kaedahnya 17-2-2022 10:12 PM
entahlah bang kazim. nak komen lebih pun bang lagi tinggi ilmu agama kan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041018 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top