Jurulatih Kell Brook, Dominic Ingle mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan penyokong selepas meminum segelas peluh peninju itu sebaik selesai sesi latihan di gim.
Difahamkan, Brook bersedia untuk menentang saingan lama Amir Khan di Manchester, United Kingdom, hujung minggu ini dalam pertarungan yang dinanti-nantikan. Menjelang pertarungan, pemain berusia 35 tahun itu kembali ke Sheffield untuk melakukan persiapannya selepas berlatih di kem musim panas di Fuerteventura. Rejim latihan Brook telah didokumenkan oleh kru Sky Sports untuk rancangan 'Behind the Ropes', lapor Daily Star.
Peminat yang menonton dokumentari itu bagaimanapun terkejut dengan tindakan jurulatih Brook, Ingle, yang kelihatan memerah peluh Brook ke dalam gelas sebelum meminumnya. Menerusi rakaman itu, bintang berusia 35 tahun itu sedang berbual dengan jurulatih selepas menjalani latihan. "Anda akan mendapat darah dan air mata daripada Khan pada 19 haribulan, anda boleh memberi saya peluh sebaliknya. Adakah saya boleh meletakkannya di Ebay?" Ingle kemudian dilihat bergurau dengan gelas mengandungi peluh Brook sebelum meminumya. Tindakannya itu ternyata menggemparkan ramai dengan pelbagai reaksi. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT