CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Sangat Ke Jadi Janda? Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Dituduh Berkhalwat Sebab Jiran Puaka Buat Aduan

17-2-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6223| Komen: 76

Stigma masyarakat tentang janda tidak pernah berubah dan kebanyakan mereka yang 'memegang' status itu sering kali dihina atau dipandang rendah oleh masyarakat.


Seperti yang dialami Mira, dia acap kali berhadapan dengan penghinaan termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yang didiami bersama lima anaknya.


Gambar Hiasan

Menerusi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya, dia memaklumkan kediaman yang sudah didiami kira-kira 14 tahun itu diserbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat.

Video yang mendapat jumlah tontonan hampir 900,000 itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya menyarankan ibu tunggal berusia 40 tahun ini mengambil tindakan saman malu.

"Buka fail saman malu, diaorang boleh dikenakan tindakan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.

"Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge menceroboh.

"Saman malu dan saman fitnah ja.. kurang ajar buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.

"Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni," demikian antara komen netizen.



Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sama apabila pernah difitnah seperti itu.

Bercerita tentang kejadian yang berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

"Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang... ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta.

"Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.

"Pada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik," rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.

Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia dan anak-anak mendapat malu berikutan van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.


Surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu

Bercerita tentang masalah yang dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergaduhan.

"Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.

"Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000," ujarnya.

Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tidak pernah dilakukan berikutan pertengkaran sering tercetus.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 17-2-2022 11:23 AM
busuk hati benor jiran mcam ni pon ade..apa masalah org camni
Quote ifanonline 17-2-2022 11:25 AM
kalau janda pakai seksi sepanjang masa, mana tak undang suspicion org?
Quote krustykrab 17-2-2022 11:31 AM
Citer separuh2 ni tak faham la...kejap pasal khalwat, kejap pasal pkp, gambar surat kompaun penyakit covid, video suku pun tak sampai...
Quote Suchi 17-2-2022 11:32 AM
Tak paham kenapa masa dia masih bersuami dan tak de kat umah pun org dtg serbu juga.
Suami dia sorang ke time tu?
Jenuh gak kalau umah asik kena ambush ni mohon jiran yg suka repotin hal tertangga tu cerita sikit.
Quote krustykrab 17-2-2022 11:32 AM
ifanonline replied at 17-2-2022 11:25 AM
kalau janda pakai seksi sepanjang masa, mana tak undang suspicion org?

Masa kejadian tu dia masih bersuami...pelik jgk
Quote allshares 17-2-2022 11:36 AM
Dah time covid ko berkumpul, mmg salah ko la. Nk salahkan jiran kenapa? Pastu ex husband dtg rumah cuci kereta? Adui dah tau jiran pesen tu sibuk jgk akak nk bagi ex husband msk kwsn rumah kenapa. Kaka kena check mungkin jiran tu hendakkan ex husband kaka?
Quote Skuau 17-2-2022 11:39 AM
Edited by Skuau at 17-2-2022 11:42 AM

kena kompaun rm1000..atas/sebab jiran buat report polis....lain mcm 'jer bunyinya'...walau jiran buat report pon...pada akhirnya...pihak berkuasa jugok..yg tentukan samada ko patut dikompaun atau tidak.Tak mungkin pihak berkuasa kuarkan kompaun hanya kerana jiran kata..."boss kasi kompaun dia kaw2 boss"
Quote mikasa 17-2-2022 11:39 AM
allshares replied at 17-2-2022 11:36 AM
Dah time covid ko berkumpul, mmg salah ko la. Nk salahkan jiran kenapa? Pastu ex husband dtg rumah c ...

Macam tak boleh cuci sendiri walaupun umah flet/apartment kondo..sah2 laa mendatangkan syak wasangka
Quote Hizert 17-2-2022 11:39 AM
Karen is real. Ape2 pon 3x dah kena serbu tu. Boleh dah charge Pejabat Agama. Senang sungguh main serbu2 rumah orang nih eh.
Quote Jitu 17-2-2022 11:47 AM
kenapa wartawan suka guna muhrim
yg sebetulnya mahram bkn muhrim
Quote babelina 17-2-2022 12:04 PM
klau 3x tu pelik la cikit bunyi nya..
kot2 bini org gaya cam janda.. xpn suaminya xselalu ada.. dtg ala2 singgah2.. sure org pelik..
Quote fealefea 17-2-2022 12:09 PM
mulut die pon cam puaka kot dgn jiran tu. jangan cari pasal dgn jiran.
Quote saviour_09 17-2-2022 12:12 PM
there are always two sides to every story


gitu
Quote namieamuro 17-2-2022 12:16 PM
mohon jenjiran counter balik statement ni. kene dgr chite jiran pulak
Quote Kurex 17-2-2022 12:24 PM
Kena dengar side jiran pulak. Sebab iols terbau ikan asdan dekat janda ni
Quote gideoncross 17-2-2022 01:02 PM
Kurex replied at 17-2-2022 12:24 PM
Kena dengar side jiran pulak. Sebab iols terbau ikan asdan dekat janda ni

Mcm janda on hot market plak dia ni, asek kna itu ini.
Quote Kitty_catz 17-2-2022 01:06 PM
denga both sides dulu la... jgn mcm citer family terpaling juai minyak senyonyong, disurubh pindah pehtu salahkan jiran kiri kanan depan belakang
Quote angelofish 17-2-2022 01:16 PM
jual je rumah tu kat india
Quote sharlenetexas 17-2-2022 01:27 PM
Campur aduk tangkap khalwat dengan kompaun pkp.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041410 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top