View: 5646|Reply: 76
|
Hina Sangat Ke Jadi Janda? Tiga Kali Diserbu Jabatan Agama Dituduh Berkhalwat Sebab Jiran Puaka Buat Aduan
[Copy link]
|
|
Stigma masyarakat tentang janda tidak pernah berubah dan kebanyakan mereka yang 'memegang' status itu sering kali dihina atau dipandang rendah oleh masyarakat.
Seperti yang dialami Mira, dia acap kali berhadapan dengan penghinaan termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yang didiami bersama lima anaknya.
Gambar Hiasan
Menerusi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya, dia memaklumkan kediaman yang sudah didiami kira-kira 14 tahun itu diserbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat.
Video yang mendapat jumlah tontonan hampir 900,000 itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya menyarankan ibu tunggal berusia 40 tahun ini mengambil tindakan saman malu.
"Buka fail saman malu, diaorang boleh dikenakan tindakan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.
"Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge menceroboh.
"Saman malu dan saman fitnah ja.. kurang ajar buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.
"Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni," demikian antara komen netizen.
Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sama apabila pernah difitnah seperti itu.
Bercerita tentang kejadian yang berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.
"Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang... ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta.
"Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.
"ada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik," rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.
Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.
Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia dan anak-anak mendapat malu berikutan van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.
Surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu
Bercerita tentang masalah yang dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.
Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergaduhan.
"Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.
"Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000," ujarnya.
Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tidak pernah dilakukan berikutan pertengkaran sering tercetus.
Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.
Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
busuk hati benor jiran mcam ni pon ade..apa masalah org camni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau janda pakai seksi sepanjang masa, mana tak undang suspicion org? |
|
|
|
|
|
|
|
Citer separuh2 ni tak faham la...kejap pasal khalwat, kejap pasal pkp, gambar surat kompaun penyakit covid, video suku pun tak sampai... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham kenapa masa dia masih bersuami dan tak de kat umah pun org dtg serbu juga.
Suami dia sorang ke time tu?
Jenuh gak kalau umah asik kena ambush ni mohon jiran yg suka repotin hal tertangga tu cerita sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 17-2-2022 11:25 AM
kalau janda pakai seksi sepanjang masa, mana tak undang suspicion org?
Masa kejadian tu dia masih bersuami...pelik jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Dah time covid ko berkumpul, mmg salah ko la. Nk salahkan jiran kenapa? Pastu ex husband dtg rumah cuci kereta? Adui dah tau jiran pesen tu sibuk jgk akak nk bagi ex husband msk kwsn rumah kenapa. Kaka kena check mungkin jiran tu hendakkan ex husband kaka? |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 17-2-2022 11:36 AM
Dah time covid ko berkumpul, mmg salah ko la. Nk salahkan jiran kenapa? Pastu ex husband dtg rumah c ...
Macam tak boleh cuci sendiri walaupun umah flet/apartment kondo..sah2 laa mendatangkan syak wasangka |
|
|
|
|
|
|
|
Karen is real. Ape2 pon 3x dah kena serbu tu. Boleh dah charge Pejabat Agama. Senang sungguh main serbu2 rumah orang nih eh. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa wartawan suka guna muhrim
yg sebetulnya mahram bkn muhrim |
|
|
|
|
|
|
|
klau 3x tu pelik la cikit bunyi nya..
kot2 bini org gaya cam janda.. xpn suaminya xselalu ada.. dtg ala2 singgah2.. sure org pelik.. |
|
|
|
|
|
|
|
mulut die pon cam puaka kot dgn jiran tu. jangan cari pasal dgn jiran. |
|
|
|
|
|
|
|
there are always two sides to every story
gitu |
|
|
|
|
|
|
|
mohon jenjiran counter balik statement ni. kene dgr chite jiran pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kena dengar side jiran pulak. Sebab iols terbau ikan asdan dekat janda ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm janda on hot market plak dia ni, asek kna itu ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
denga both sides dulu la... jgn mcm citer family terpaling juai minyak senyonyong, disurubh pindah pehtu salahkan jiran kiri kanan depan belakang |
|
|
|
|
|
|
|
jual je rumah tu kat india |
|
|
|
|
|
|
|
Campur aduk tangkap khalwat dengan kompaun pkp.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|