CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sekadar Berharap, Tiada Kejayaan Untuk Pemalas!' - Nana Mahazan

17-2-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1152| Komen: 0

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan menegaskan untuk berjaya, seseorang itu jangan malas dan perlu selari dengan tindakan.

Jelas bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama itu, majoriti menginginkan wang lumayan untuk melunaskan komitmen namun tiada usaha.


Kredit foto: IG Nana Mahazan

Nana menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkata, tiada individu yang berjaya andai bersikap malas.

“Tidak ada kejayaan untuk orang yang malas dan tiada tindakan. Kita tak malas bukan?Jom buat tindakan! Teruja diberikan hari yang baru untuk kita usaha dan usaha lagi!” tegasnya menerusi hantaran di Instagram.


Terdahulu Nana yang terkenal dengan sikap periangnya itu menerusi satu perkongsian di Instagram bertanyakan tentang pilihan antara wang dan sahabat setia.




Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati majoriti pengikut dan peminat Nana memilih wang.

Untuk rekod, selain bergelar penyanyi, pelakon, dan pengacara, Nana mempunyai perniagaan sendiri yang diasaskan sejak 2018.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.026407 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top