CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Serbu Kedai Lepas Gunting Rambut Anak Saudara Sultan Brunei

17-2-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 993| Komen: 0

Kaum lelaki berpusu-pusu ke kedai gunting rambut di wilayah Chonburi selepas anak saudara Sultan Brunei mendapatkan perkhidmatan di sana, lapor portal berita The Thaiger semalam. 


Putera Faiq Jefri Bolkiah baru sahaja berpindah ke Thailand apabila mula bermain untuk Kelab Bola Sepak Chonburi dan menjadi sangat terkenal dalam kalangan rakyat Thailand. 


Facebook/ Chang Tee

Pemilik kedai gunting rambut, Chang Tee berkata, ramai yang berminat ke kedainya selepas Putera Faiq menggunting rambut di sana.

Chang menyifatkan ia sebagai peluang baik untuk perniagaannya pulih selepas mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19.


Menurutnya, ramai pelanggan kini berminat untuk mendapatkan potongan rambut serupa dengan Putera Faiq iaitu ‘Skin fade’ yang kini merupakan stail paling terkenal di kedai itu.

Tukang rambut yang memotong rambut Putera Faiq, Teerapat Mungmee berkata, kebanyakan pelanggannya adalah pemain daripada kelab bola sepak itu.

Jadi apabila baginda perlu menggunting rambut, mereka mengesyorkan supaya mendapatkan perkhidmatan daripada Teerapat.

Putera Faiq diiktiraf sebagai antara pemain bola sepak terkaya di dunia dengan anggaran nilai bersih ASD20 bilion (RM83.756 bilion).

Baginda merupakan kapten pasukan kebangsaan Brunei dan kini bermain untuk kelab Thai Chon Buri FC. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.256913 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top