CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Trauma Diterajang Anak Tahi Dadah- "Baik Buruk...Dia Tetap Anak Mak Cik"

17-2-2022 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2141| Komen: 30

Yan: "Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk...dia tetap anak mak cik," kata Salmiah Man, 66, isteri kepada warga emas yang dipukul dan ditendang anak tirinya semalam.


Menurutnya, dia dan suaminya berharap anaknya itu dihukum penjara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.

Dalam kejadian itu, suaminya, Nordin Ahmad, 72, cedera di telinga dan tangan kiri selepas dipukul serta ditendang anak tirinya berusia 29 tahun kerana tidak memberikan wang untuk membeli dadah.


Foto: Harian Metro

Kejadian berlaku pada 8.30 pagi di pekarangan rumah mereka di Kampung Ruat di sini, sebelum rakaman video kejadian itu tular di Facebook (FB).


Berikutan itu, suspek yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental ditahan polis pada 6.45 petang di Kampung Lubuk Iboi di sini selepas bapa tirinya membuat laporan polis.

Salmiah ketika ditemui hari ini berkata, anak kedua dari tiga beradik itu sudah lama terbabit dalam penagihan dadah kerana terpengaruh dengan rakannya.

Menurutnya, sebelum ini mereka pernah melaporkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenai pembabitan anaknya itu kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana anak lelakinya kerap mengamuk jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.



"Dia selalu balik sini... mak cik bagi dia makan dan selalu dia mintak duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamuk.

"Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pak cik dari belakang," katanya.

Nordin pula berharap pihak berkuasa dapat menahan anak tirinya lebih lama kerana bimbang lelaki itu akan pulang membalas dendam.

Katanya, dengan kejadian yang membabitkan penagih dadah yang berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga sanggup membunuh ibu bapa sendiri menyebabkan mereka bimbang kejadian itu boleh berlaku sekiranya anak tirinya dibebaskan.

"Sampai sekarang saya masih trauma, takut dia datang sini balas dendam," katanya yang turut mengalami kecederaan di rusuk kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya juga mendapati dia negatif dadah.

"Polis juga sudah memanggil tiga individu yang terbabit memukul suspek dalam video yang turut tular semalam dan seorang daripadanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada malam tadi, manakala dua lagi datang pagi hari ini untuk memberi keterangan.

"Kita minta orang ramai jangan ambil tindakan sendiri (memukul) dan sebaiknya terus memaklumkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan," katanya.

Shahnaz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 17-2-2022 09:55 AM
Dah ko pukul org tua tu...mmg patut pun ko kena belasah.

Aritu ada forumer ckp, paktiri pun ambik dadah jgk..betul ke?
Quote missbigrockstar 17-2-2022 09:57 AM
Semoga makcik dan pakcik sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah. Bersabar lah.
Quote prince_marhaen 17-2-2022 10:16 AM
krustykrab: Dah ko pukul org tua tu...mmg patut pun ko kena belasah.Aritu ada forumer ckp, paktiri pun ambik dadah jgk..betul ke?


iols pun baca begitu jugak....pak tiri dah sailang member punya stok... tu yang duk senyap sajer... hihihihihi

Quote glump 17-2-2022 10:23 AM
Ambik dadah ,ujian air kencing negative
Quote 3chanceno 17-2-2022 10:32 AM
Ujian kencing negative, maknanya bukan di bawah pengaruh dadah bila bantai orang tuanya.. kesian mak bapak ada anak cam gini
Quote cheezel 17-2-2022 11:17 AM
Mulut makcik je cakap gitu. Padahal dlm hati takut gak kne sembelih
Quote Suchi 17-2-2022 11:36 AM
prince_marhaen replied at 17-2-2022 10:16 AM
iols pun baca begitu jugak....pak tiri dah sailang member punya stok... tu yang duk senyap sajer ...

Laa kesian si mak anak mendadih suami tiri pun mendadih.

Jap anak dia mental sejak bila ya? Pesakit mental jd penagih sbb menda alah tu boleh menenangkan pikiran ke?
Atau dia jadi mental sejak amik dadah?
Quote Suchi 17-2-2022 11:37 AM
glump replied at 17-2-2022 10:23 AM
Ambik dadah ,ujian air kencing negative


Cer check urin pak tiri plak dah kata pak tiri pun sama ke bulan juga.
Quote prince_marhaen 17-2-2022 11:51 AM
Suchi replied at 17-2-2022 11:36 AM
Laa kesian si mak anak mendadih suami tiri pun mendadih.

Jap anak dia mental sejak bila ya? Pesak ...

most cases yang meols pernah encounter, ting tong sebab amik dadah, bila banyak buat hal, declare OKU mental, sebab dalam pemerhatian kes-kes ada ciri-ciri mental...terus dapat kad OKU sis...tu yang kekadang meols susah nak ada soft spot kes OKU yang mendadih ni.. hujung2 bila dah kes sembelih bagai, declare mental... kuasekkkk...
Quote saviour_09 17-2-2022 12:16 PM
apooo la gigih suruh org tua tu duk kat tanah tu?

Quote naina 17-2-2022 12:20 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2022 11:51 AM
most cases yang meols pernah encounter, ting tong sebab amik dadah, bila banyak buat hal, declare  ...

Dadah ni merosakkan otak
Tu yang mental tu
Senang je kan declaire mental
Last2 sembelih orang lepas hukuman
Itu syaitan dah lama rancang
Quote gideoncross 17-2-2022 01:11 PM
Hidup pun mnyusahkan org, lain kli gi mati sng.
Quote gideoncross 17-2-2022 01:12 PM
naina replied at 17-2-2022 12:20 PM
Dadah ni merosakkan otak
Tu yang mental tu
Senang je kan declaire mental

Zmn skrg mcm dh jdi trend guna prktaan mental health ni, retis2 dri US pun sma, mental health itu ini etc, last2 pemenat2 pun sokong bulat2. Kat sini plak declare mental health trganggu, trus lpas.
Quote dubuk 17-2-2022 02:12 PM
bukan salah kamaruzzaman mengandung
Quote Artemesiaa 17-2-2022 02:14 PM
Banyak je kes macam ni dari dulu statement dari orang tuanya pun lebih kurang sama je
Quote jijilaaa 17-2-2022 02:39 PM
nauzubillahminzalik..moga allah jauhkan kita semua dari perangai mcm ni...
Quote TomyamPuteh 17-2-2022 03:27 PM
Kasih sayang seorang ibu. Gitewww komen acik2 kt FB sana.
Quote Belibis 17-2-2022 04:04 PM
saviour_09 replied at 17-2-2022 12:16 PM
apooo la gigih suruh org tua tu duk kat tanah tu?

Tu sesi selepas kena tendang la..anaknya dah blah..bdeo sequelnya,beberapa orang kampung belasah mat pet tu.
Sekian sinopsis drama ' sepetang di kedah'
Quote green~tea 17-2-2022 04:09 PM
mak ayah pun kena bertanggungjawab sumbat dia masuk rehab.. takyah duk tatang cam minyak penuh sangat lah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066521 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top