View: 1750|Reply: 30
|
Bapa Trauma Diterajang Anak Tahi Dadah- "Baik Buruk...Dia Tetap Anak Mak Cik"
[Copy link]
|
|
Yan: "Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk...dia tetap anak mak cik," kata Salmiah Man, 66, isteri kepada warga emas yang dipukul dan ditendang anak tirinya semalam.
Menurutnya, dia dan suaminya berharap anaknya itu dihukum penjara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.
Dalam kejadian itu, suaminya, Nordin Ahmad, 72, cedera di telinga dan tangan kiri selepas dipukul serta ditendang anak tirinya berusia 29 tahun kerana tidak memberikan wang untuk membeli dadah.
Foto: Harian Metro
Kejadian berlaku pada 8.30 pagi di pekarangan rumah mereka di Kampung Ruat di sini, sebelum rakaman video kejadian itu tular di Facebook (FB).
Berikutan itu, suspek yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental ditahan polis pada 6.45 petang di Kampung Lubuk Iboi di sini selepas bapa tirinya membuat laporan polis.
Salmiah ketika ditemui hari ini berkata, anak kedua dari tiga beradik itu sudah lama terbabit dalam penagihan dadah kerana terpengaruh dengan rakannya.
Menurutnya, sebelum ini mereka pernah melaporkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenai pembabitan anaknya itu kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana anak lelakinya kerap mengamuk jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.
"Dia selalu balik sini... mak cik bagi dia makan dan selalu dia mintak duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamuk.
"Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pak cik dari belakang," katanya.
Nordin pula berharap pihak berkuasa dapat menahan anak tirinya lebih lama kerana bimbang lelaki itu akan pulang membalas dendam.
Katanya, dengan kejadian yang membabitkan penagih dadah yang berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga sanggup membunuh ibu bapa sendiri menyebabkan mereka bimbang kejadian itu boleh berlaku sekiranya anak tirinya dibebaskan.
"Sampai sekarang saya masih trauma, takut dia datang sini balas dendam," katanya yang turut mengalami kecederaan di rusuk kanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya juga mendapati dia negatif dadah.
"olis juga sudah memanggil tiga individu yang terbabit memukul suspek dalam video yang turut tular semalam dan seorang daripadanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada malam tadi, manakala dua lagi datang pagi hari ini untuk memberi keterangan.
"Kita minta orang ramai jangan ambil tindakan sendiri (memukul) dan sebaiknya terus memaklumkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan," katanya.
Shahnaz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah ko pukul org tua tu...mmg patut pun ko kena belasah.
Aritu ada forumer ckp, paktiri pun ambik dadah jgk..betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga makcik dan pakcik sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah. Bersabar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Dah ko pukul org tua tu...mmg patut pun ko kena belasah.Aritu ada forumer ckp, paktiri pun ambik dadah jgk..betul ke?
iols pun baca begitu jugak....pak tiri dah sailang member punya stok... tu yang duk senyap sajer... hihihihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambik dadah ,ujian air kencing negative |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian kencing negative, maknanya bukan di bawah pengaruh dadah bila bantai orang tuanya.. kesian mak bapak ada anak cam gini |
|
|
|
|
|
|
|
Mulut makcik je cakap gitu. Padahal dlm hati takut gak kne sembelih |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 17-2-2022 10:16 AM
iols pun baca begitu jugak....pak tiri dah sailang member punya stok... tu yang duk senyap sajer ...
Laa kesian si mak anak mendadih suami tiri pun mendadih.
Jap anak dia mental sejak bila ya? Pesakit mental jd penagih sbb menda alah tu boleh menenangkan pikiran ke?
Atau dia jadi mental sejak amik dadah? |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 17-2-2022 10:23 AM
Ambik dadah ,ujian air kencing negative
Cer check urin pak tiri plak dah kata pak tiri pun sama ke bulan juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
most cases yang meols pernah encounter, ting tong sebab amik dadah, bila banyak buat hal, declare OKU mental, sebab dalam pemerhatian kes-kes ada ciri-ciri mental...terus dapat kad OKU sis...tu yang kekadang meols susah nak ada soft spot kes OKU yang mendadih ni.. hujung2 bila dah kes sembelih bagai, declare mental... kuasekkkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
apooo la gigih suruh org tua tu duk kat tanah tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 17-2-2022 11:51 AM
most cases yang meols pernah encounter, ting tong sebab amik dadah, bila banyak buat hal, declare ...
Dadah ni merosakkan otak
Tu yang mental tu
Senang je kan declaire mental
Last2 sembelih orang lepas hukuman
Itu syaitan dah lama rancang |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup pun mnyusahkan org, lain kli gi mati sng. |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn skrg mcm dh jdi trend guna prktaan mental health ni, retis2 dri US pun sma, mental health itu ini etc, last2 pemenat2 pun sokong bulat2. Kat sini plak declare mental health trganggu, trus lpas.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan salah kamaruzzaman mengandung |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je kes macam ni dari dulu statement dari orang tuanya pun lebih kurang sama je |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillahminzalik..moga allah jauhkan kita semua dari perangai mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kasih sayang seorang ibu. Gitewww komen acik2 kt FB sana. |
|
|
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 17-2-2022 12:16 PM
apooo la gigih suruh org tua tu duk kat tanah tu?
Tu sesi selepas kena tendang la..anaknya dah blah..bdeo sequelnya,beberapa orang kampung belasah mat pet tu.
Sekian sinopsis drama ' sepetang di kedah' |
|
|
|
|
|
|
|
mak ayah pun kena bertanggungjawab sumbat dia masuk rehab.. takyah duk tatang cam minyak penuh sangat lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|