London– Seorang lelaki dilaporkan terlalu obses dengan tong sampah sehingga cuba mengumpulkan koleksi gambarnya bersama tong sampah di Britain, lapor akhbar Mirror UK.
Dave Clark, 51, hobi itu timbul ketika melawat tempat pembuangan sampah pada zaman kanak-kanaknya. Lelaki itu digelar ‘Dustbin Dave’ oleh rakan-rakannya kerana gemar mengambil gambar bersama tong sampah. Sehingga kini, bapa dua anak itu masih berusaha untuk mencari tong-tong sampah terbaik di Britain.
“Saya mencari tong sampah yang paling unik. Jika lain dari yang lain, saya akan ambil gambar. Jika anda melihat tong sampah yang menyeronokkan, ia akan membuatkan anda tersenyum semasa melewatinya. “Tong sampah di luar yang sempurna perlu berpenutup besar dan bersaiz sederhana. Anda tidak mahu ia besar. Ia perlu cantik dan berwarna-warni dengan rekaan yang aneh,’’ katanya. Clark tinggal bersama isteri dan dua anaknya di perkampungan Caister, Norfolk yang sudah memahami akan hobinya yang pelik. – CARI Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 17-2-2022 03:29 PM
iol suka ambik gmbr toilet yg interior die lain dr lain
and of kos super clean
makadek replied at 17-2-2022 03:43 PM
Sama laaaa bkn toilet petrol pam ok
Hi ends lavatory okeh.... byk gak koleksi tu
ADVERTISEMENT