View: 602|Reply: 4
|
Terlalu Obses, Lelaki Ada Hobi Pelik Suka Selfie Dengan Tong Sampah
[Copy link]
|
|
London– Seorang lelaki dilaporkan terlalu obses dengan tong sampah sehingga cuba mengumpulkan koleksi gambarnya bersama tong sampah di Britain, lapor akhbar Mirror UK.
Dave Clark, 51, hobi itu timbul ketika melawat tempat pembuangan sampah pada zaman kanak-kanaknya.
Lelaki itu digelar ‘Dustbin Dave’ oleh rakan-rakannya kerana gemar mengambil gambar bersama tong sampah.
 Foto: SWNS
Sehingga kini, bapa dua anak itu masih berusaha untuk mencari tong-tong sampah terbaik di Britain.
“Saya mencari tong sampah yang paling unik. Jika lain dari yang lain, saya akan ambil gambar. Jika anda melihat tong sampah yang menyeronokkan, ia akan membuatkan anda tersenyum semasa melewatinya.
“Tong sampah di luar yang sempurna perlu berpenutup besar dan bersaiz sederhana. Anda tidak mahu ia besar. Ia perlu cantik dan berwarna-warni dengan rekaan yang aneh,’’ katanya.
Clark tinggal bersama isteri dan dua anaknya di perkampungan Caister, Norfolk yang sudah memahami akan hobinya yang pelik. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
London– Seorang lelaki dilaporkan terlalu obses dengan tong sampah sehingga cuba mengumpulkan koleksi gambarnya bersama tong sampah di Britain, lapor akhbar Mirror UK.
Dave Clark, 51, hobi itu timbul ketika melawat tempat pembuangan sampah pada zaman kanak-kanaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
iol suka ambik gmbr toilet yg interior die lain dr lain
and of kos super clean
latest toilet kt quayside mall kt rimbayu kota kemuning
lighting dan big drawing ke poster mcm tu sgt outstanding
laluan masuk die tu cun
|
|
|
|
|
|
|
|
kann
hotel biasanya lawa2
lavatory yg kt area hall dgn dining
dgn luas, dgn frame2, sink, paip
mcm2 bentuk, design
pokok2 hidup dlm tu
very nice
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab ko tu sampah sesuai lah tempat ko dekat tong sampah tu kan noreen? |
|
|
|
|
|
|
| |
|