Seorang pelakon di Hollywood dihukum penjara 20 tahun kerana menipu sebanyak ASD650 Juta (RM2.72 bilion) dalam skim pelaburan palsu Hollywood untuk membayar kehidupan mewah pelakon itu. Menurut laporan dari Kosmo, Zachary Horwitz atau nama pentasnya Zach Avery mengumpan pelabur dengan mencipta kontrak palsu dengan memberitahu pelabur tersebut yang Zach ada hubungan besar bersama firma hiburan seperti HBO dan Netflix. Zach kemudiannya mengambil duit tersebut dan membelanjakannya untuk kehidupan mewahnya seperti membeli kereta, rumah mewah dan menyewa pesawat peribadi. Menurut pendakwa raya, Zach yang menjenamakan dirinya sebagai "pemain industri" yang mempunyai hubungan baik dengan platform penstriman online, kemudiannya menjual hak pengedaran filem asing palsu kepada mereka dengan harga yang tinggi. Zach yang pernah membintangi beberapa filem seperti "The Devil Below", "Fury" dan "Hell Is Where The Home Is" pernah memberi sekeping nota menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa enam hingga 12 bulan dan dia meneruskan penipuan itu selama lebih tujuh tahun. Penipuan itu terbongkar apabila wang berjumlah ASD230 juta hilang dan pelakon terbabit mengaku bahawa dia tidak pernah membeli sebarang hak filem atau memperoleh sebarang kontrak pengedaran. Zach Avery dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan membayar balik ASD230 juta kepada kesemua mangsanya. - CARI |
ADVERTISEMENT