Seorang penerbit kreatif maut ditikam dalam satu serangan di rumahnya, pada Ahad lalu. Polis mengesahkan berdasarkan rakaman kamera pengawasan bahawa mangsa, Christina Yuna Lee, 35, ditikam individu memecah masuk pangsapurinya di Jalan Chrystie.
New York Post melaporkan, suspek menyelinap masuk ke bangunan dihuni wanita dengan mengekori mangsa, pada 4.30 pagi. Gadis keturunan Korea-Amerika itu menggambarkan dirinya di laman webnya sebagai produser kreatif yang berpangkalan di New York yang berurusan dalam kandungan pemasaran berskala nasional.
Dia sebelum ini bekerja untuk syarikat terkenal seperti Google, Twix, Equinox, TOMS, Cole Haan dan ALDO. Rakaman menunjukkan dia pulang ke rumah dan diekori sehingga ke depan bangunan. Jiran mendengar dia menjerit "Tolong saya! Hubungi 911!" sebelum dia ditemukan di dalam tab mandinya dengan beberapa kesan luka di badan. Suspek, Assamad Nash, 25, seorang gelandangan - cuba melarikan diri, sebelum masuk semula ke dalam rumah dan ditemukan bersembunyi di bawah katil, kata sumber. Beberapa jam kemudian, pemimpin masyarakat Asia Amerika berhimpun berhampiran tempat kejadian, menuntut tindakan daripada pihak berkuasa bandar itu. "Ini sangat mengerikan dan sangat kejam," kata ahli Dewan Undangan Negeri New York, Yuh-Line Niou, yang menangis ketika berucap berhampiran tempat kejadian. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT