CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 1

Gelandangan Pecah Masuk Rumah, Penerbit Kreatif Mati Ditikam Dalam Tab Mandi

[Copy link]
Post time 16-2-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penerbit kreatif maut ditikam dalam satu serangan di rumahnya, pada Ahad lalu.


Polis mengesahkan berdasarkan rakaman kamera pengawasan bahawa mangsa, Christina Yuna Lee, 35, ditikam individu memecah masuk pangsapurinya di Jalan Chrystie.




RAKAMAN kamera menunjukkan suspek mengekori mangsa. FOTO Agensi




New York Post melaporkan, suspek menyelinap masuk ke bangunan dihuni wanita dengan mengekori mangsa, pada 4.30 pagi.


Gadis keturunan Korea-Amerika itu menggambarkan dirinya di laman webnya sebagai produser kreatif yang berpangkalan di New York yang berurusan dalam kandungan pemasaran berskala nasional.


Dia sebelum ini bekerja untuk syarikat terkenal seperti Google, Twix, Equinox, TOMS, Cole Haan dan ALDO.


Rakaman menunjukkan dia pulang ke rumah dan diekori sehingga ke depan bangunan.


Jiran mendengar dia menjerit "Tolong saya! Hubungi 911!" sebelum dia ditemukan di dalam tab mandinya dengan beberapa kesan luka di badan.


Suspek, Assamad Nash, 25, seorang gelandangan - cuba melarikan diri, sebelum masuk semula ke dalam rumah dan ditemukan bersembunyi di bawah katil, kata sumber.


Beberapa jam kemudian, pemimpin masyarakat Asia Amerika berhimpun berhampiran tempat kejadian, menuntut tindakan daripada pihak berkuasa bandar itu.


"Ini sangat mengerikan dan sangat kejam," kata ahli Dewan Undangan Negeri New York, Yuh-Line Niou, yang menangis ketika berucap berhampiran tempat kejadian.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir sama kes dengan hakak Yuyun tu. Bezanya sekuriti guard. Dua2 manusia ni kalau tak mendadih mesti penganggur,gelandangan. Pentingnya cctv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036424 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list