CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terus Muntah-Muntah Dan Loya, Beli Ayam Goreng Tapi Najis Masih Ada

16-2-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3000| Komen: 22

Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok yang berdepan perkara menggelikan apabila ketika makan ayam goreng yang dibelinya masih mempunyai najis.


Menerusi video itu, turut dikongsikan apabila dipicit ayam goreng berkenaan keluar najis yang mengandungi dedak jagung makanan ayam.

Kata wanita itu lagi, sebaik sahaja melihat najis tersebut, dia terus muntah-muntah dan loya disebabkan ayam goreng berkenaan.



Menurutnya lagi, kuah kicap yang disediakan memang sedap tetapi tidak peka dalam soal kebersihan terutama ayam yang disediakan. Katanya lagi, bahagian ayam yang diterimanya itu dipercayai pundi ayam.


Sementara itu, di ruangan komen wanita itu memberitahu ayam goreng tersebut bukan dibeli daripada Tiga Budak Gemuk sebaliknya di 3bg Cawangan PPR SG Bonus.


 
Susulan video tular itu, pemilik asal jenama Tiga Budak Gemuk menjelaskan perkara sebenar. Menerusi video dikongsikan pemilik jenama itu memberitahu ada perniagaan menggunakan nama 3bg Ayam Kicap Sambal Power yang menjual makanan sama dengan syarikatnya.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati perniagaan itu dijalankan oleh bekas suami salah seorang pemilik Tiga Budak Gemuk.

Jelasnya lagi, perniagaan 3bg kini semakin meluas sekaligus menimbulkan kekeliruan orang ramai dalam masa sama menjatuhkan reputasi Tiga Budak Gemuk. Difahamkan, syarikat Tiga Budak Gemuk telah mengarahkan peguam mereka untuk menfailkan writ saman. -CARI

Sumber: Gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-2-2022 03:07 PM
I tgk pn nk muntah. Ini kn yg dh ngap telan. Basuh jirus2 gtu, potong2,campak masak. Patu jual kt org. Molek!
Quote makadek 16-2-2022 03:15 PM
Ayo pengotornyaaaa
Quote lurkingaround 16-2-2022 03:40 PM
.
Itu benda dalam pundi bukan najis tapi makanan yang telah dimakan ayam sedang dihadamkan dalam pundi. Menjijikkan juga.

Ini bererti pundi ayam itu tak diproses dengan sempurna, iaitu tak dibersihkan dengan sepenuhnya.

Najis biasa nya berada di dalam usus besar dan bontot, bukan di dalam pundi.
.
Quote kucingitam 16-2-2022 03:51 PM
pundi tu pedal ke? sbb kalau bersihkan pedal nampak ada macam pasir2 gitu
Quote Belibis 16-2-2022 03:57 PM
Adakah itu pedal ayam..?
Quote darkness 16-2-2022 04:00 PM
Ish3...tak bersihnya...
Quote ultra78 16-2-2022 04:04 PM
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati perniagaan itu dijalankan oleh bekas suami salah seorang pemilik Tiga Budak Gemuk.
Laa..bekas laki berniaga nasi ayam jugak
Quote c===8 16-2-2022 04:04 PM
ni tiktoker saja beli lauk pedal ayam atau tokey kedai yg org nak isi ayam dia bagi pedal?

pedal ayam ni org buat umpan mancing udang je
Quote saviour_09 16-2-2022 04:08 PM
yucks
Quote green~tea 16-2-2022 06:27 PM
nasi ayam kicap 3 budak gemok tu tak sedap pun..
Quote insulin 16-2-2022 07:28 PM
3 budak obes
Quote dua_chzy 16-2-2022 07:31 PM
Edited by dua_chzy at 16-2-2022 11:33 AM

Oh. Akak pernah terambik di kafe U dulu, ikan talapia, yang masih hada isi perut. Ko belah ja perut membuak2 kuar air macam lumpur ha, celaka. Pehtu di gerai makan dekat UiTM Slengo tu, pernah terambik ikan pari bau dan rasa dah rancid nak mampus serupa bau cecair pencuci lantai.

Halal toyibban la sangat. Sepengotor2 Cina selet berak tak cabuk, belum pernah akak terambik haiwan dimasak yang dah spoiled atau tidak dibersihkan betul2.
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2022 07:36 PM
Selepas ini dia tidak akan makan ayam dalam masa yang lama.

Quote noor2 16-2-2022 08:42 PM
Tukang masak ni indon ke....
Quote green~tea 16-2-2022 09:03 PM
dua_chzy replied at 16-2-2022 07:31 PM
Oh. Akak pernah terambik di kafe U dulu, ikan talapia, yang masih hada isi perut. Ko belah ja perut  ...


Aku takut nak amek lauk ikan pari di mana2... cam sial bau ammonia or urine tengik...
Quote evlinne 16-2-2022 09:41 PM
Mmg noreen yach peniaga yg masak cincai utk kastemer mcm nak bagi hanjing makan ja
Mentang2 bukan kau yg makan, jgnlah hati busuk sgt masak mcm nakharam
Quote musangbodoh 16-2-2022 09:46 PM
boleh pulak buat bideo pgg balik bende (dedak dlm pedal ayam) tu....

lg satu xyah suruh si 3bg tu jaga hygene bagai...tu pengotor teruk bangang abadi...ish geram aku

btw aku kalo beli ayam lah...dh mmg suh kedai tu buang bende2 dlm ayam nie...termasuk kaki, leher ,kulit, tongkeng, ujung kepak yg halus tu.....
Quote Jitu 16-2-2022 11:34 PM
pedal ayam ni
ni mesti tak belah dulu terus basuh je seketul mcm tu mana nak cucinya
aku dulu pun tak tahu mcm mana nak bersihkan pedal bila mak aku ajar baru lah tahu
tp bebudak jgn suka mkn pedal nnt masa nak sunat liat
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 11:39 PM
3 budak obesiti tersenyum sinis

4 dara duduk di tepi sungai

[youtube]3docFRoZ3sc[/youtube]

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.108781 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top