|
Perlahan-lahan Sophia Albarakbah membina nama dalam bidang lakonan yang diceburinya sejak tiga tahun lalu. Menyerlah sebagai Rissa menerusi drama Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria dan Bella dalam Hadiah Dari Tuhan di TV3, dia terus ditawarkan watak yang mencabar.
Lakonan Sophia, 27, kini dapat disaksikan dalam drama 28 episod, Suamiku Lelaki Pendosa menerusi slot Samarinda TV3 yang ditayangkan sejak 9 Februari lalu. Menyifatkan dirinya masih baharu, Sophia bersyukur ditawarkan menjadi heroin buat kali pertama dalam kariernya.
"Sudah tentu saya berasa amat gembira dan teruja berlakon dengan semua pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Aleza Shadan, Fauzi Nawawi, Shima Anuar, Gambit Saifullah, Anne Abdullah dan ramai lagi. "Alhamdulillah, pelakon baharu macam saya tiba-tiba dapat watak utama. Namun pada masa sama, rasa gementar juga diberi tugas berat ini. "Watak sebagai Cahaya Malaika sangat mencabar tapi seronok kerana saya dapat bekerja dengan pengarah Eyra Rahman yang banyak membantu. Saya banyak belajar daripada dia," katanya.
|
prince_marhaen replied at 16-2-2022 11:49 AM
suamiku hero tua bekas model spenda putih?
dudaberhias replied at 16-2-2022 11:51 AM
Suamiku rambut sepesen dari berlakon masa muda sampai ke tua, hanya pakai kotak KFC golden crunch ...




cap_ayam replied at 16-2-2022 01:21 PM
cantiknya.. apalah perasaan dia bila tengok diri sendiri kat cermin
dudaberhias replied at 16-2-2022 10:49 AM
Sofia tu cantik betul dalam pasal kau, kat ig tak berapa sangat. Chinese2 look gittew.
Btw eeee ter ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043067 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.