CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4698|Reply: 25

Sophia Albarakbah Semakin Glamour- Pernah Pengsan Disambut Oleh Aaron Aziz

[Copy link]
Post time 16-2-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Perlahan-lahan Sophia Albarakbah membina nama dalam bidang lakonan yang diceburinya sejak tiga tahun lalu.


Menyerlah sebagai Rissa menerusi drama Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria dan Bella dalam Hadiah Dari Tuhan di TV3, dia terus ditawarkan watak yang mencabar.


Lakonan Sophia, 27, kini dapat disaksikan dalam drama 28 episod, Suamiku Lelaki Pendosa menerusi slot Samarinda TV3 yang ditayangkan sejak 9 Februari lalu.




Foto: IG




Menyifatkan dirinya masih baharu, Sophia bersyukur ditawarkan menjadi heroin buat kali pertama dalam kariernya.


"Sudah tentu saya berasa amat gembira dan teruja berlakon dengan semua pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Aleza Shadan, Fauzi Nawawi, Shima Anuar, Gambit Saifullah, Anne Abdullah dan ramai lagi.


"Alhamdulillah, pelakon baharu macam saya tiba-tiba dapat watak utama. Namun pada masa sama, rasa gementar juga diberi tugas berat ini.


"Watak sebagai Cahaya Malaika sangat mencabar tapi seronok kerana saya dapat bekerja dengan pengarah Eyra Rahman yang banyak membantu. Saya banyak belajar daripada dia," katanya.




  



Sophia mengakui dia memang bercita-cita untuk berlakon dengan pelakon popular, namun tidak menyangka akhirnya menjadi kenyataan.


"Macam tak percaya pun ada kerana dulu-dulu saya kerap tengok Aaron di televisyen. Apabila mengenalinya, dia sangat peramah, 'friendly' dan banyak bantu kongsi pengalaman.


"Aaron juga tak kedekut ilmu. Lakonan sebagai suami bernama Dean Ilyas sangat hebat dan saya banyak belajar daripadanya untuk memperbaiki mana yang kurang dalam lakonan.


"Babak lakonan kami dibuat secara profesional dan terkawal tanpa sebarang masalah. Amat seronok kerana saya dapat banyak pengalaman baharu," katanya.




  



Suamiku Lelaki Pendosa diadaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah, manakala skrip untuk drama ditulis Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki.


Sophia berkata, penggambaran dibuat sejak Februari tahun lalu dan tamat pada Oktober kerana tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




  



"Ini antara cabaran yang kami lalui. Penggambaran turut dibuat dalam bulan puasa. Banyak babak saya kena menangis dan ia sangat mencabar. Pernah satu ketika, saya demam tapi tetap gagahkan juga berpuasa. Penggambaran pula dibuat di luar dalam keadaan cuaca panas.


"Kamera sedang fokus muka saya dan tiba-tiba saya pengsan. Nasib baik Aaron ada di depan dan sempat sambut saya. Kalau tidak muka saya pasti tersembam ke lantai," katanya.




  



Dia bagaimanapun tidak menjadikan alasan apabila kembali menyambung penggambaran selepas berehat seketika.


"Saya akui watak ini agak berat kerana mengisahkan kekuatan seorang isteri yang kena taat pada suaminya. Dalam masa sama, dia kena jaga aib suaminya.


"Harapnya semua orang tengok dan 'enjoy' dengan drama ini. Ia lain dan tak pernah lagi ada drama begini. Harap semua terima tanpa diskriminasi. Sebagai pelakon kami hanya melakonkan watak berdasarkan novel.




  



  



Tengok dan nilaikanlah saya," katanya.


Sophia berkata, dia sukakan cabaran baharu menerusi watak yang berbeza.


"Saya harap pengarah bagi apa sahaja watak dan lagi seronok buat watak yang tak pernah dibawa sebelum ini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 11:49 AM | Show all posts
suamiku hero tua bekas model spenda putih?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sofia tu cantik betul dalam pasal kau, kat ig tak berapa sangat. Chinese2 look gittew.

Btw eeee tergamak sungguh gandingkan watak bagaikan bapak dan anak dalam drama...

Penulis novel pun memang kuat berfantasi pasal bapak dan anak ke.

Tapi sebab cikki tu herlok takpelah pejam2 kan mata je kalau keluar bahagian peti ais bergerak tengah PDA. Takpun kalih ke channel animal planet atau cabut dekoder astro/njoi dan campak kot tingkap, lepastu buka netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:50 AM | Show all posts
dlm ig dia ni nmpk lawa gila. tp tgk kt tv takde la selawa dlm ig.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 16-2-2022 11:49 AM
suamiku hero tua bekas model spenda putih?

Suamiku rambut sepesen dari berlakon masa muda sampai ke tua, hanya pakai kotak KFC golden crunch dan tekap untuk potong.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:53 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-2-2022 11:51 AM
Suamiku rambut sepesen dari berlakon masa muda sampai ke tua, hanya pakai kotak KFC golden crunch  ...

hahahahahahaha suamiku ekspressi sama setiap watak dengan suara berbisik di dalam kelambu kepham beli dekat geylang road?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 12:00 PM | Show all posts
cantik btll dia.. tp lum penah tgk lakonan dia.. cuma hero tu dh tua la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap jua who are yus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
suamiku encik sotong
suamiku lelaki pendosa
bebed suamiku berterbangan
suamiku model spende putih
suamiku superimpose
suamiku suamimu jua
suamiku fonen dislike3
suamiku rupanya cikki
ughhhhh bosannnnnn

kalau acik harun muda 20 tahun ala2 time heol berlakon phua chu kang dulu, baru hokeyyy haa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aaron muda2 masa kat spore hensemmmmm giler.. Now hensem jugak cuma dah cam peti ais faktor usia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya.. apalah perasaan dia bila tengok diri sendiri kat cermin
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:49 PM | Show all posts
lawanye...seksa nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:54 PM | Show all posts
kenal dia ni mula mula bila tgk iklan Shopee. Igtkan dia ni just model saja upenya ade berlakon skali
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:55 PM | Show all posts
me merembes dgn aa masa drama cinderela, nora elena n cinta gila...lepas tu tak rembes dah sbb dia start bina otot kekar. ngeri tengok. jumpa dekat klia memang besar badan dia. diyana tu boleh dilambung² je..

hahahaaa...terOT plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:58 PM | Show all posts
Ist tengok dia ni dalam movie mimaland, mg terdetik lawa, comelnya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia berlakon x best….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 03:27 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 16-2-2022 01:21 PM
cantiknya.. apalah perasaan dia bila tengok diri sendiri kat cermin

jatuh cinta dgn diri sdri mgkin ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 03:41 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 16-2-2022 10:49 AM
Sofia tu cantik betul dalam pasal kau, kat ig tak berapa sangat. Chinese2 look gittew.

Btw eeee ter ...

eyra rahman ni mmg pengarah hijabis kepam kuat berangan sis
drama filem arahan sheols semua berangan hidup

bolehla disimpulkan animal planet or discovery channel yg rancangan2 tangkap2 ikan paus tu 1000x lagi bermanfaat dari drama2 arahan sheols
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 03:42 PM | Show all posts
annieway haron dah rupa peti ais 4 pintu.. sikit lagi nk jadi industrial chiller
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046894 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list