|
Kehadiran ramai pendatang baharu mewarnai dunia seni tidak menggugat Shah Iskandar untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon yang masih mendapat perhatian syarikat produksi.
Bagi Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 40, dia akur dengan adat resam dalam dunia seni dan tidak kisah jika hanya diberi tawaran sebagai watak sampingan dalam sesebuah drama atau filem. “Saya juga pernah muda dan pernah memegang watak sebagai hero drama. Ini adalah putaran dalam industri seni. “Bagaikan pepatah patah tumbuh hilang berganti, hero-hero yang ada sekarang ini akan bertukar suatu masa nanti.
“Apa yang penting adalah untuk terus kekal dalam industri lakonan, tidak kiralah walau hanya diberi watak sampingan sahaja,” ujarnya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.252869 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.