CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 654|Reply: 2

Shah Iskandar Tak Kisah Dapat Watak Sampingan, Asal Kekal Relevan

[Copy link]
Post time 16-2-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Kehadiran ramai pendatang baharu mewarnai dunia seni tidak menggugat Shah Iskandar untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon yang masih mendapat perhatian syarikat produksi.


Bagi Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 40, dia akur dengan adat resam dalam dunia seni dan tidak kisah jika hanya diberi tawaran sebagai watak sampingan dalam sesebuah drama atau filem.


Foto: IG




“Saya juga pernah muda dan pernah memegang watak sebagai hero drama. Ini adalah putaran dalam industri seni.


“Bagaikan pepatah patah tumbuh hilang berganti, hero-hero yang ada sekarang ini akan bertukar suatu masa nanti.


“Apa yang penting adalah untuk terus kekal dalam industri lakonan, tidak kiralah walau hanya diberi watak sampingan sahaja,” ujarnya kepada mStar.




  



Dalam masa sama, Shah turut berkongsi pendapat tentang kemunculan bakat baharu yang diambil melalui sosial media.


Katanya, populariti penting untuk mempromosikan sesebuah produk namun ia bukan ukuran utama dalam kejayaan seorang pelakon.




  



“Saya tidak kisah jika ramai pelakon baharu yang bermula dari media sosial. Jika ada bakat dan platform yang betul mereka boleh pergi jauh.


“Bagaimanapun jika mereka hanya fikir dunia seni sebagai sebuah perniagaan mungkin kerjaya mereka ibarat touch and go sahaja,” katanya.


Sementara itu, salah satu pendekatan yang diambil oleh pelakon asal Singapura ini agar masih menjadi pilihan produksi adalah dengan mengekalkan bentuk badan.


  



“Saya memang aktif ke gimnasium untuk dapatkan bentuk dan berat badan yang ideal.


“Selain untuk kesihatan ia juga bertujuan supaya saya sentiasa nampak elok di hadapan kamera. Seorang pelakon perlu tahu menjaga penampilan diri sendiri.


“Berat saya sebelum ini 89 kilogram dan selepas beberapa bulan ke gim baru turun 9 kilogram. Saya sasarkan untuk kuruskan lagi sebelum betul-betul lakukan proses membina otot,” ceritanya.


Tentang perkembangan kerjaya, Shah bakal muncul dalam drama sepuluh episod berjudul Love In Lockdown yang bakal ditayangkan di platform digital SOOKA bermula 20 Februari ini. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rhoper abah2 dah heshe, tapi kalau heshe jadi hero masih ok lagi takde la sakit mata dari nak kena hadap hero muka kucing dan hero penuh sabut kelapa tua kat muka tu....

Kesian tengok astro gigih nak naikkan pelakon ni tapi hakikatnya orang kalih ke channel animal planet atau tutup TV lempar kot tingkap bila pelakon2 berkerak macamni keluar di kaca TV. Ingat ye taste orang sekarang dah tinggi2. Nak2 pengaruh dari kdrama dan show2 dari barat yang juga dah ambil pelakon herlok2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:51 AM | Show all posts
watak sampingan je sudah lah nyehhh..itupun syukur ada watak....walaupun uols gigih berspedo tayang bulge ciknek mini uols kat IG tu...tetaplah watak sampingan nyehhhh....wajah uols kelindan sangat untuk hero... gitewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035067 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list