Perkongsian itu turut menarik perhatian pengarah dan penerbit, Sheila Rusly yang mengatakan akan menawarkan watak sedemikian sekiranya dia sekali lagi menghasilkan drama mengangkat tema pasukan keselamatan.
Sheila sempat mengusik sama ada Nazim berani untuk berhadapan dengan Sarjan Qamar yang ganas dan Mem Maria, dua watak dalam drama bersiri Leftenan Zana terbitannya empat tahun lalu.
"Saya pun boleh jadi ganas tau. Orang je yang ingat Nazim lembik," jawabnya pada komen Sheila.
Malahan, Nazim juga sudah bersiap sedia dan sanggup mencukur rambutnya demi merealisasikan watak berkenaan.
Menjengah di ruang komen, peminat menyokong pelakon itu mencuba watak yang jauh daripada karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini. -CARI