CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jantung Berdegup Laju, Kaki Longlai, Air Mata Tak Tertahan,"-Bella Astillah Rasa Tak Layak Berada Di Mekah

16-2-2022 10:44 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2495| Komen: 17|Original author: Oleh: Saiful

Description: Impian Bella Astillah dan Aliff Aziz menunaikan umrah di Mekah akhirnya terlaksana.
Impian Bella Astillah dan Aliff Aziz menunaikan umrah di Mekah akhirnya terlaksana.

Melalui Instagram, Bella meluahkan rasa syukur kerana dia sudah selesai menunaikan umrah selepas seminggu berada di Mekah.



Foto: IG

“Syukur Alhamdulillah. Selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam. Alhamdulillah, Ya Allah ya tuhanku, terima kasih kerana sudi menerima kami hamba Mu yang hina dan kotor ini sebagai tetamu di rumahMu, Makkah Al Mukarramah.

“Jemputan ke rumah Allah S.W.T bukan kerana tingginya ilmu agama atau pendidikan, atau kerana banyaknya harta kekayaan yang dimiliki.


“Kehadiran sebagai tetamuNya adalah kerana seruan Allah S.W.T terhadap hambaNya untuk melaksanakan ibadah dan kesempatan yang Allah S.W.T kurniakan ini adalah tanda untuk kita mentaati perintahNya dan untuk mendapat keampunan dari-Nya. Insya-Allah,”tulisnya.



Tambahnya, “Sejurus melihat Kaabah,jantung berdegup laju, kaki rasa longlai, air mata tak tertahan kerana merasa diri terlalu kerdil dan tidak layak berada di rumahMu ya Allah.

“Tak sangka dapat bersama-sama dengan suami dan kedua orang tua saya untuk berada di depan Kaabah. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.

“Semoga ini bukan kali yang terakhir."



Bella juga tak sempat buat video di sana disebabkan kekangan masa.

“Masa tidak mengizinkan di sini dan kami ingin menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada sepanjang kami berada disini Insya-Allah."





Syukur, peminat tumpang bahagian tengok Bella dan Alif. Tak gitu? -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 16-2-2022 10:48 AM
Diorang ni muda sgt lagi hrp2 dpt la istiqamah ye.. Yg penting cari duit byk2 boleh la hidup senang mcm Wawa n Aeril
Quote KamikuP 16-2-2022 10:49 AM
Euwww mujur tak muntah darah aku.. moklu kata Dibah Eh EEh
Kat sana pun nak bertik tok bagai
Quote krustykrab 16-2-2022 11:03 AM
Kalau gi mekoh, mmg tsk sah ek buat stmnt sedih2 sayu2 ala insaff dah...just gi buat ibadah, balik duk diam2 je la
Quote esbok 16-2-2022 11:06 AM
bungkus tepi segala kisah lama.

herlok sungguh lakinya ha
Quote prince_marhaen 16-2-2022 11:11 AM
harap-harap balik nanti kaki pun lemah longlai lah masa nak pakai skirt pendek ala budak kindergarten & lemah longlai jua nak berenjut menari tiktok kalah budak remaja sekolah menengah ye...
Quote nakkomenjugak 16-2-2022 11:18 AM
takpeeeeee
lepas ni tengok sheol gelek2 takkk lagi kat tiktok
Quote She-Ra 16-2-2022 11:38 AM
aku terfokus video last yg alip duk pelik bini dia tgh buat apa hahahaaa.. comel pulak. haih!
Quote makadek 16-2-2022 11:43 AM
PoyO nya laaaa hah puih
Ko igt mekah tu tmpt apa skg
Lbh kepada perniagaaan je laaaaa
Quote silampumeja 16-2-2022 11:46 AM
semoga Allah bagi peluang menjadi lebih baik yang istiqamah...semua orang ada peluang masing2 selagi nyawa masih dikandung badan...
Quote makton 16-2-2022 12:20 PM
masih terlalu awal bg aku nak komen murni2 pasal pasangan ni walaupun dah mereka jadi tetamu Allah ke tanah suci
Quote rainbowrainz 16-2-2022 01:49 PM
Alhamdulillah... sesungguhnya hidayah itu milk Allah swt ..
Quote prizadane 16-2-2022 01:54 PM
sempat lagi ya bertiktok di Madinah Mekah sana. memang betul betul bercuti ni
Quote Incanto 16-2-2022 01:56 PM
Aliff pakai serban mcm anak Pak Arab kayooo

Quote Lagubestbest 16-2-2022 02:03 PM
demi content..
Quote CurangLagi 16-2-2022 02:08 PM
Panjang sungguh ucapan. semoga bener2 insop
Quote Lily_Elizabeth_ 16-2-2022 07:31 PM
Banyak duit dorang dorang ni. I nak lepaskan diri I seorang pergi umrah mmg tak mampu lagi. Duit byk guna urusan rumah. Sedih.
Quote gideoncross 4-4-2022 04:08 PM
makton replied at 16-2-2022 12:20 PM
masih terlalu awal bg aku nak komen murni2 pasal pasangan ni walaupun dah mereka jadi tetamu Allah k ...

Aiol plak x prnh puji dorg ni apa2 hahahaha.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.300775 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top