Memasuki industri seni menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan tidak terkilan apabila rezeki beralih ke bidang pengacaraan.
Malah, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan bersyukur bidang pengacaraan juga memberi dia lebih keyakinan dalam memasuki dunia perniagaan dengan produk kosmetik dan makanan jenamanya. "Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
"Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. "Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya. Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. "Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018," katanya yang bertudung sejak tahun lalu.
|
johnazizul replied at 16-2-2022 02:02 PM
Nana. Scammer terulung AF. Kedua, Farah. Ketiga, nabila razali. Semua scammer. Masuk AF suara sumban ...
rainbowrainz replied at 16-2-2022 01:53 PM
Account bank siapa lagi padu..nana ke laki dia?? tnyje
fealefea replied at 16-2-2022 04:20 PM
baik die niaga fashiunn. Taste of fashion die high end kot.
makadek replied at 16-2-2022 05:58 PM
Aku berjinak nk pakai stail baggy camni sekali laki aku tak bagikkkkkkkk ...rambut pn dia suh tukar ...
ADVERTISEMENT