Lelaki mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga mereka. Sikap bertolak ansur dan berkasih-sayang semestinya akan mewujudkan persefahaman antara suami dan isteri. Kita selalu mendengar istilah jika seorang suami itu tidak kedekut dan saling memberi kepada isterinya, maka akan sentiasa murah rezekinya. Tidak dinafikan lagi tentang fakta itu. Ciri-ciri tersebut nampaknya jelas dilihat dalam pasangan artis popular ini iaitu Syatilla dan Sam. Mereka berdua masing-masing mempunyai karakter yang mampu membuatkan ramai terhibur. Setiap kali mereka memuatnaik content baru, pasti akan menjadi bualan netizen. Terbaru ini, Syatilla telah berkongsikan satu video di akaun Instagram miliknya yang menjadi perhatian netizen. Di dalam video itu kelihatan Sam sedang 'bersabar' melayan kerenah dan gelagat isterinya.
|
ADVERTISEMENT