CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Seminggu Hilang Lepas Pekebun Jumpa 'Haji'

15-2-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1319| Komen: 3

Description: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Mohd Faizhal Mohd, Yusof, 37, yang keluar dari rumahnya pada 10 Februari namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Mohd Faizhal Mohd, Yusof, 37, yang keluar dari rumahnya pada 10 Februari namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki tersebut yang telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak keluar dari rumahnya di Taman Indah, Jalan Parit Masjid, di sini.



Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berkenaan daripada keluarganya pada 11 Februari setelah Mohd Faizhal tidak pulang ke rumah.

“Lelaki ini dikatakan mempunyai projek kecil-kecilan (kebun) di Pekan Nanas dan keluar untuk menemui seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Haji’ pada 10 Februari.


“Isteri mangsa pun tidak mengenali ‘Haji‘ tersebut yang ditemui oleh suaminya itu” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat INSP Ahmad Shah Bin Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau hotline IPD Pontian di talian 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 15-2-2022 01:18 PM
haji ke hajjah???

niway semuga dipermudahkannnn
Quote intan244 15-2-2022 02:39 PM
jangan la jadi murder case plak
Quote Decaffeinated 15-2-2022 05:03 PM
Itu ja ka beritanya? Nak komen apa pun tak tau. Harap dijumpai je lah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045705 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top