CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Maut Terperosok Bawah Treler

15-2-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1671| Komen: 7

Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terperosok dalam sebuah treler di Kilometer 362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River pada Selasa.


Dalam kejadian sekitar jam 5.40 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 33 dan 27 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.



Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki mangsa melanggar bahagian belakang treler.

"Perlanggaran itu mengakibatkan kenderaan yang dipandu terperosok masuk dan melekat di treler.


"Pemandu serta penumpang hadapan kereta tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River bagi bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam pada itu, mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan Balai Bomba dan Penyelamat Slim River yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 15-2-2022 01:25 PM
Kalau kicap atau selet, otomatik dicop mabok. Alkuhul je penyebab eksiden
Quote Artemesiaa 15-2-2022 01:47 PM
Kelajuan membunuh tapi siapa ada peduli nasihat macam tu
Quote jazaa100 15-2-2022 01:58 PM
Lahaiii.....mlm tak nmpak sgt.....
Quote Decaffeinated 15-2-2022 03:06 PM
Traveler macam mana yang drive pukul 5 pagi ni? Aku speku yang dah drive sepanjang malam then fatigue.
Quote Jitu 15-2-2022 03:08 PM
takziah

mengantuk ke ni
Quote musangbodoh 15-2-2022 05:00 PM
tgk gambar kt line emergency tu...
Quote borne 15-2-2022 11:32 PM
Ada video kan?                  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042606 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top