CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 7

Dua Maut Terperosok Bawah Treler

[Copy link]
Post time 15-2-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terperosok dalam sebuah treler di Kilometer 362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River pada Selasa.


Dalam kejadian sekitar jam 5.40 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 33 dan 27 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.








Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki mangsa melanggar bahagian belakang treler.


"erlanggaran itu mengakibatkan kenderaan yang dipandu terperosok masuk dan melekat di treler.


"emandu serta penumpang hadapan kereta tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Selasa.


Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River bagi bedah siasat.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dalam pada itu, mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan Balai Bomba dan Penyelamat Slim River yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 pagi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kicap atau selet, otomatik dicop mabok. Alkuhul je penyebab eksiden
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:47 PM | Show all posts
Kelajuan membunuh tapi siapa ada peduli nasihat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahaiii.....mlm tak nmpak sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 03:06 PM | Show all posts
Traveler macam mana yang drive pukul 5 pagi ni? Aku speku yang dah drive sepanjang malam then fatigue.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah

mengantuk ke ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2022 05:00 PM | Show all posts
tgk gambar kt line emergency tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada video kan?                  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.308775 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list