CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Risau Keradangan Dan Masalah Mental Kepada Pengguna, Shopee Nyahsenarai Jualan Selaput Dara Tiruan

15-2-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1225| Komen: 7

Sejurus mengetahui platform e-dagangnya menjual produk 'kontroversi' selaput dara tiruan, Shopee mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap penjualan barangan terlarang itu termasuk menyahsenaraikan penjualan.


Shopee dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya komited untuk menyediakan pengalaman membeli belah yang selamat, boleh dipercayai dan menyeronokkan kepada pengguna.

"Kami mematuhi peraturan tempatan di setiap pasaran tempat kami beroperasi dan memerlukan penjual kami mematuhi kedua-dua peraturan tempatan dan dasar Shopee.

"Sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang sebarang penyenaraian yang melanggar undang-undang atau dasar kami, tindakan segera terhadap penyenaraian tersebut dilakukan untuk melindungi komuniti Shopee," demikian maklum balas laman e-dagang itu berhubung isu ini.




Shopee memberitahu, dalam kes tersebut, siasatan menyeluruh dijalankan dan pihaknya mengalih keluar penyenaraian yang berkaitan dilakukan.

Tambahnya, pengguna digalakkan untuk menghubungi Shopee jika mereka menemui penyenaraian serupa di platform e-dagang yang mungkin melanggar undang-undang.

"Pengguna boleh menghubungi kami melalui bulatan menu di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk dan klik pada pilihan 'Laporkan Produk ini'.

"Sebagai alternatif, pengguna boleh menghubungi kami di [email protected] atau hubungi 03-27779222 (Isnin hingga Ahad - 9 pagi hingga 6 petang, termasuk cuti Umum) untuk melaporkan penyenaraian yang serupa atau produk haram di Shopee," jelasnya.

Sementara itu pegawai perubatan dari Klinik Irma, Tanjong Malim, Perak Dr Irma Izzati Abd Malek berkata penggunaan selaput dara tiruan mengundang risiko tinggi terhadap jangkitan kuman dan keradangan.

"Disebabkan tiada data klinikal berkenaan keselamatan dan material yang digunakan, risiko jangkitan kuman, keradangan atau inflamasi dan kecederaan adalah tinggi.

"Ini kerana alat tersebut dimasukkan terus ke dalam ruang vagina di mana kita tahu ruang itu adalah persekitaran yang bersih dan mempunyai tisu yang lembut serta sensitif.

"Tiada data kesan jangka panjang seperti kanser tetapi penggunaan yang kerap dan berterusan tanpa kajian keselamatan serta tahap steriliti alat yang dimasukkan dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi," jelasnya yang turut bimbang jika pengguna mengambil langkah drastik tanpa berfikir panjang.

Ujar beliau lagi, selaput dara (hymen) adalah selaput tisu yang nipis di mana tiada fungsi penting dalam badan manusia.

"Ia sememangnya tidak boleh dijadikan penanda aras seseorang wanita tersebut 'suci' atau tidak. Setiap wanita dilahirkan berbeza.

"Ada yang dilahirkan tiada selaput dara dan selaput dara juga boleh pecah dalam beberapa keadaan yang lain, contohnya untuk wanita aktif bersukan.

"Stigma wajib berdarah semasa pertama kali melakukan hubungan seks perlu diubah. Tidak berdarah tidak bermakna wanita tersebut sudah tercemar, ia sudah lebih menjadi tabu dan mitos dalam kalangan masyarakat kita terutamanya orang Melayu.

"Selaput dara juga punyai banyak jenis. Kebanyakan memang ada lubang kecil untuk pengeluaran darah haid. Dari segi masalah perubatan jika tiada lubang langsung dan jika ada kes-kes rogol yang memerlukan pemeriksaan jenis koyakan selaput dara wanita tersebut.

"Jadi, alat seperti ini lebih mendatangkan kemudaratan dan kemurungan jika semua orang percaya wajib berdarah di malam pertama. Malah, alat ni tak sepatutnya wujud memandangkan ia mendatangkan keburukan dari segi fizikal dan mental," jelasnya lanjut.

Mengulas tentang kesan mental, ujarnya, ia disebabkan seseorang wanita mahupun lelaki terlampau berfikir 'kena berdarah' jika masih 'dara'. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 15-2-2022 11:59 AM
letak kat bontot boleh x, mesti ade gayah2 nak try rase feeling keperawanan mlm pertama gitcheww
Quote lanacondor 15-2-2022 12:58 PM
Nk lelaki baik setia pnyayang romantik.tp masing2 pu** dh brp batang henjut.yg laki setengah azab cri duit nk bg hantaran 10 ribu.dpt2 dh barai.lepas tu laki curang pakat masing2 meroyan kt socmed bukak aib.tp xsedar diri sdri pny salah.
Quote babelina 15-2-2022 03:47 PM
mcm nie pn ada ke.. nk beli pad murah pn takut sbb letak kt pek.. apa lg nk pkai yg tu..
Quote babelina 15-2-2022 03:48 PM
mcm nie pn ada ke.. nk beli pad murah pn takut sbb letak kt pad.. ini pula benda nie..
Quote ifanonline 15-2-2022 04:49 PM
selaput dara ni, kalau sudah koyak, ia tidak akan sama lagi bentuk kemaluan pompuan tu...buat palstic surgery sekalipun, ia tetap berubah tubuh badan wanita itu...mana boleh melawan kehendak alam dan kejadian tuhan?
Quote schabella 15-2-2022 11:21 PM
Macam2. Tak sah negara tu kalau takde benda tiruan
Quote dani-rox 15-2-2022 11:30 PM
virginity is a social concept constructed by men, who thought their dicks were so important - it could change who a woman was

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038061 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top