|
Ketika impian usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli menceburi bidang nyanyian dipersendakan dan mengundang kecaman ramai atas alasan tidak berbakat, namun, pengarah Erma Fatima mengambil tindakan berani menawarkannya berlakon.
Meskipun menyedari tindakannya bakal mengheret diri dalam polemik dan cuba menangguk di air keruh, Erma berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan keputusannya itu. "Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera. "Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3.
"Bagaimanapun, Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof. "Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian," katanya kepada BH Online.
|



orkidorkido replied at 15-2-2022 02:08 PM
Hahaha dia takut iqbal syok kat dia pula ke?
Isma yusoof tu bukan pengarah yang cekik orang tu ke?
...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.234254 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.