CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3249|Reply: 28

Erma Fatima Tak Kisah Dikutuk Ambil Iqbal Zulkefli Berlakon

[Copy link]
Post time 15-2-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Ketika impian usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli menceburi bidang nyanyian dipersendakan dan mengundang kecaman ramai atas alasan tidak berbakat, namun, pengarah Erma Fatima mengambil tindakan berani menawarkannya berlakon.


Meskipun menyedari tindakannya bakal mengheret diri dalam polemik dan cuba menangguk di air keruh, Erma berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan keputusannya itu.




Foto: IG




"Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.


"Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3.


"Bagaimanapun, Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.


"Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian," katanya kepada BH Online.


  



Pun begitu, kata pengarah filem Jimi Asmara dan Embun ini, lelaki berusia 27 tahun hanya akan diberi watak pembantu, bersesuaian pengalaman yang masih hijau.


"Watak diberikan Iqbal hanyalah watak pembantu, tetapi bukanlah pelakon ekstra. Ini kerana Iqbal akan menjadi kawan kepada hero drama dan mempunyai dialog," terangnya.


Ditanya adakah tidak gusar dituduh sengaja mencari kesempatan atas kontroversi membabitkan Iqbal semata-mata 'menjual' drama, Erma berkata, dia tiada masa untuk melayan kata-kata negatif.


"Jika nak ambil sesiapa dirasa berbakat sama ada bertujuan pemasaran ataupun bukan, itu adalah hak saya.


"Saya tak nak ambil peduli apa yang orang nak cakap soal niat saya. Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri pernah diambil berlakon. Sama ada tujuan untuk pemasaran atau sebaliknya, terpulanglah pada pihak berkenaan.


"Kalau betul-betul berbakat, mengapa tidak?," tegas pelakon filem Femina ini.


Tidak gentar kecaman apabila memilih Iqbal sebagai pelakon, namun, Erma tidak menafikan, ada perkara lain yang amat ditakuti membabitkan graduan jurusan penulisan kreatif dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.


"Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal kepada mereka.


"Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.


"Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya.


"Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal," tegas Erma.


Penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana bermula hari ini. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 11:56 AM | Show all posts
nak hidup kann... haruslah ada kontroversi kann...
dengan harapan orang akan tengok cite tu... rating boleh tinggi la kann...

doa2 aja la kalau rating tu tinggi yaa....
lps ni mana2 sangkak yang viral, nak main drama...
sila DM Erma di IG ya..
hahahahhaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
OMG.... suka ati ler ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 12:06 PM | Show all posts
lantak ko la timah oooiiii..
aku pun dah tak lalu tgk drama/filem melayu..
dari aku layan drama/filem melayu baikla aku tido.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu jenis2 iqbal ni berleluasa.. ramai sangat enabler.. harap ramai audience yang bijak.. pulaukan production yang terang2 insulting our intelligence macam ni.. ingat kitorang x sekolah ke nak enable makhluk2 gila perhatian macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:08 PM | Show all posts
dulu2 drama/Filem Erma tahap2 M Nasir
baru ambik berlakon
skrg Iqbal pun jadi
zaman viral kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe sbb iqbal dr aswara kot, takpun biasala dia pun astro gak
Percayalaa mesti ada yg nak tgk gak sbb nak cari modal utk mencerca tul tak acik2 sekelian
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:20 PM | Show all posts
nak minta iqbal pump duit ler tewwwwww..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dia takut iqbal syok kat dia pula ke?
Isma yusoof tu bukan pengarah yang cekik orang tu ke?
Kalau betul, kau baik hati-hari iqbal haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:24 PM | Show all posts
si timah ni lately dia pnya filem n drama ntah apa2 sejak mak cun. sebelum tu nmpk gak la best n gah la gak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:32 PM | Show all posts
hanya sampah yang mengenal sampah..
ehhh?
drama dia ni pon ntah hape2...meloya tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:58 PM | Show all posts
sesuai la tu.. ngn pengarah yg itu..
tp tu la.. tuah ayam nmpk di kaki.. tuah manusia sapa taw kn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 03:21 PM | Show all posts
kang bila orang tak tengok tv

korang cakap tak support industri tempatan

entaahhh. patut la orang guna tv untuk tengok youtube zaman sekarang ni

content youtube sekarang better daripada tv
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe laaa acik erma
iol tengok cerita zaman ko muda2 dulu jelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik sebab nak viral ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah nak lariskan drama dengan orang yg viral, pelakon baru ni pun nak terkenal..saling memerlukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila orang layan drama korea/jepun/china, penggiat seni malaysia marah. Konon tak dapat pengiktirafan selayaknya. Padahal so called oeang seni jugak yg mengabiskan fund finas untuk karya2 lemau x bermaruah. Booooo. Sekarang ni senang2 je instafemes & ponder2 sampah jadi penghias kaca tv. So sampah. Kalau setakat jadi cameo boleh la terima lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
orkidorkido replied at 15-2-2022 02:08 PM
Hahaha dia takut iqbal syok kat dia pula ke?
Isma yusoof tu bukan pengarah yang cekik orang tu ke?
...

Takut kebal syok kat isma pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Opportunist to the max.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Insyaalllah achik xkan tgk
Achik ada pilihan aktor,aktres fav achik yg sellu ditonton di kaca2 tv

Tunggu komentar dari wargaforum je.
Sekiam, hrp maklong.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075651 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list