Siri sitkom Mr. Bean yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson itu ditayangkan antara tahun 1990 hingga 1995. Populariti pelawak itu kembali meningkat apabila episod komedi berkenaan ditayangkan semula menerusi platfrom penstriman Netflix dan Amazon Prime. Bagaimanapun, Jocelyn Crooke, 41, mengatakan dia terpaksa menyekat anaknya Daisy, 7, dari menonton cerita itu selepas menyaksikan babak Mr.Bean menanggalkan pakaiannya dan mencucuk doktor gigi. "Saya sangat menyukai sitkom Mr.Bean tetapi adegan keterlaluan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak terutama ketika dia mencucuk doktor dan melakukan tampalan sendiri. Dia juga selalu berbogel," katanya kepada DailyStar.
|
ADVERTISEMENT