CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Hadam Tindakan 3 Beradik Buat Video Trend TikTok Sebelah Jenazah Bapa

15-2-2022 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6966| Komen: 56

Kecoh sebuah video tular tiga gadis dipercayai adik-beradik membuat rakaman di sebelah jenazah bapa mereka.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, ia menunjukkan trend 'sebelum dan selepas' yang menjadi ikutan di media sosial.


Rakaman 'sebelum' pada Oktober 2021 menunjukkan ketiga-tiga mereka menari ketika duduk, dan seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.


Kredit foto: TikTok

Ia disusuli rakaman 'selepas' iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan jenazah bapa mereka.


Di akhir video, ketiga-tiga mereka kemudian berpaling ke arah jenazah yang telah ditutup dengan kain kapan.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat didedahkan pada keterangan video.

Berdasarkan semakan, bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini menjalani kemoterapi.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal pagi Isnin itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama jenazah yang dibuat mengikut trend media sosial itu sebagai tidak sensitif.


Video:TikTok/IG mStar

Susulan dikecam ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.

Dalam pada itu, Pejabat Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah meninggal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 15-2-2022 08:24 AM
sbb tu iols ada dgr tiktokers ni bodoh2...
Quote saviour_09 15-2-2022 08:43 AM
bila tiktok dijahanamkan oleh bbnu

segala tok nenek nak post

selit sket lagu sedih, mencanak la
Quote True-X 15-2-2022 08:45 AM
Edited by True-X at 15-2-2022 11:00 AM

budu... tempoyak ... tapai x berani depa nak kata haram... sbb dah makanan totok melayu

ehhh aku ni tersilap reply topik.. hahahaha aku nak reply topik makna ulat tuh..
Quote cap_ayam 15-2-2022 08:48 AM
Malaysian ke ni.. ingatkan dari negara seberang
Quote prince_marhaen 15-2-2022 09:28 AM
kemaruk eh..kalau boleh sampai ke liang lahad nak rakam dari POV mayat agaknya...meols ayah meninggal pun phone tatau dah campak mana....tak ingatlah nak rakam ke update status ke...lepas sehari baru cari phone dok bawah seat kereta...
Quote Adrif 15-2-2022 10:04 AM
True-X replied at 15-2-2022 08:45 AM
budu... tempoyak ... tapai x berani depa nak kata haram... sbb dah makanan totok melayu

aiyo kaka, lamanya tak nampak berporem  
Quote elzy 15-2-2022 10:09 AM
Kurang ajar tu jer nak cakap..
Pastu challenge bangang macam tu jadi ikutan..
Kalau insaf takpe jugak ni bahan lawak hambar..
Quote krustykrab 15-2-2022 10:12 AM
True-X replied at 15-2-2022 08:45 AM
budu... tempoyak ... tapai x berani depa nak kata haram... sbb dah makanan totok melayu

Air tuak kat kelate tu bila minum tak mabuk ke?
Kalau kt utara tuak tu merujuk pada todi yg ane2 suka mabuk2
Quote OyaTonggek 15-2-2022 10:16 AM
mejaputih replied at 15-2-2022 12:24 AM
sbb tu iols ada dgr tiktokers ni bodoh2...

meols tambah sikit,...bangang..huduh sama naik dgn perangai (sbb filter tiktok mcm ce-la-ker), syok sendiri. Sekian.
Quote SecretLuv 15-2-2022 10:35 AM
Orang meninggal sempat lagi buat tiktok ye.. Iols kalau orang yang tersayang meninggal, tak ada dah fikir nak buat tiktok apa semua. Tengah bersedih kot..
Quote ChemicalRomance 15-2-2022 10:40 AM
Edited by ChemicalRomance at 15-2-2022 10:42 AM

Kesian arwah, dapat anak2 mcm ni… Jasad sendiri dah terbujur pun anak2 jadikan content
Quote kerunai 15-2-2022 10:41 AM
bodoh xleh ajar
Quote darkness 15-2-2022 10:42 AM
Manusia zaman skg mmg keji. Hilang sifat empathy dan rasa malu dalam diri masing2. Bapak ko mati sempat pula masuk tiktok
Quote babelina 15-2-2022 10:44 AM
tiktokers.. mcm2 korg nie.. yg patut ngn x.. adab semua dh x fikir dh..
Quote prettyuglybabe 15-2-2022 10:44 AM
bbnu batak like batak attention gitu la..

Quote primarikey 15-2-2022 10:44 AM
Bodohhh

Tu je nk ckp
Quote chinta89 15-2-2022 10:44 AM
mengarut la bebudak ni
Quote azimodin 15-2-2022 11:12 AM
Xde adab dengan jenazah
Xde adab dengan bapa
Xde adab dengan orang tua in general
Xde adab dengan manusia

Pokoknya xde adab. Elok la duduk je kat tepi baca al-quran
Quote cmf_PariS 15-2-2022 12:17 PM
kejinyaa aanak2 arwah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041052 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top