13 tahun bergelar ibu tunggal, pasti ramai peminat tertanya-tanya bila Siti Nordiana Alias atau Nana bakal menamatkan zaman solonya.
Katanya, selagi belum naik pelamin kali kedua, soalan mengenai jodoh pasti akan terus ditanya. Penyanyi dan pelakon berusia 38 tahun itu bagaimanapun bersyukur masih bahagia hidup berdua dengan anaknya, Rayyan. "Saya masih selesa begini (jadi ibu tunggal) dan sudah 13 tahun pun, Alhamdulillah. Syukur saya juga tetap bahagia dengan Rayyan sekarang.
"Dah banyak kali jawab mengenai soalan jodoh ini, lali rasanya. Tapi, saya tak akan mengelak dan terus beri jawapan sama seperti yang sebelum ini. Cuma sekarang jodoh baru saya, mungkin belum sampai lagi. "Saya pun tak pernah meletakkan sebarang sasaran bila nak tamatkan zaman 'ibu tunggal' ini. Malah, saya sama sekali tidak berasa trauma atau serik dengan kegagalan perkahwinan lalu," katanya kepada Harian Metro. Tambahnya, Rayyan sendiri tidak pernah menghalang Nana daripada berumah tangga. Namun, Nana menjelaskan dia kini selesa memberi fokus pada kerjaya seni. Nanti kalau sudah tiba masanya, adalah tu jodoh baru buat Nana. - CARI
|
annadonna replied at 14-2-2022 11:49 PM
Selalunya perempuan kalau menjanda lama ertinya dia trauma dgn perkahwinan lama. Pengalaman dia mung ...
peacock.bass replied at 14-2-2022 11:52 PM
xsemestinya menjanda lama xbahagia dgn yg dulu,tp mungkin dia masih sygkan yg dulu atau malas nak ...
abadi84 replied at 14-2-2022 10:42 PM
Cth single mom yg x prnah meratap sendu jasa besarkn anak sorang2.
RidRude patut contohi nana ni
abadi84 replied at 14-2-2022 10:42 PM
Cth single mom yg x prnah meratap sendu jasa besarkn anak sorang2.
RidRude patut contohi nana ni
Alvida replied at 15-2-2022 11:09 AM
kau nk banding pun agak2 la..rayyan tu ayah dia dah mati yg ni hidup lg
ADVERTISEMENT