CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dos Vaksin Ke-4? Damian Mikhail Perli Penghabisan Stok Sebelum Tarikh Luput

14-2-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2540| Komen: 14

Description: Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai kenyataan Menteri Kesihatan berhubung perancangan keperluan dos vaksin ke-4.
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai kenyataan Menteri Kesihatan berhubung perancangan keperluan dos vaksin ke-4. 


Kredit foto: IG Damian

Menurut BH Online, Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan sama ada mereka yang menerima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos dan ianya terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Ramai yang telah memberi respond mengenai isu ini.


Kenyataan dan video rakaman pemberian vaksin ke-4 tersebut telah mendapat perhatian Damian Mikhail. Damian telah berkongsikan di laman Instagram miliknya dengan ‘caption’ penghabisan ‘stock’.



Perkongsian dari Damian itu mendapat perhatian netizen. Ramai yang mempersoalkan mengenai video tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju pengambilan dos ke-4.



Sebelum ini, kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain, mendedahkan bahawa suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 14-2-2022 05:44 PM
benda benda camni lah buka peluang untuk antivaccine berhujah
Quote Adrif 14-2-2022 10:52 PM
divide and conquer

bila orang bersatu hati
create issue supaya masyarakat berpecah kepada 2 bahagian, dan saling bermusuhan

and then there will come a messiah among the nobles and the corrupts
a sheperd to save the lost lambs. gituuu

jokes aside, I cucuk jah nanti
sebab sebagai orang asia, saya tak menolak segala benda free  
Quote helicornia 15-2-2022 09:03 AM
kalau tak mau amik, tak payah amik
tk payah la create isu nak habiskan stok ke apa
Quote cikatilia 15-2-2022 09:36 AM
senyap ah ko entah sapa xkenai xpemes
Quote dudaberhias 15-2-2022 09:40 AM
Yussss r whosssssss
Quote acikku 15-2-2022 10:29 AM
kalau dah cucuk booster pun nak kena dos ke 4 baiklah ko bagi buku vaksin macam baby tu...vaksin berjadual...hurmmmm
Quote prince_marhaen 15-2-2022 11:20 AM
antara selebet "whoareyussss" yang banyak bunyik....boleh geng garitaruddur nanti masuk gegeervazanzaaa telan balik air ludah sebab nak support lepas meratib takde job....yihhhh...
Quote laksmanabentan 15-2-2022 11:59 AM
da tahu Sinovac tu tak bagus...da kenapa KKM gigih juga nak suruh rakyat ambik vaksin Sinovac tu???
siapa belakang vaksin Sinovac nih weeyy??????
Quote TomyamPuteh 15-2-2022 12:08 PM
X nk ambik xpe. Jgn jadi penghasut. Gitu cara aku mendiamkan sepupu aku yg dkt mana2 pun msti ada dia berkompang kalau psl vaksin ni.
Quote jiwakacau06 15-2-2022 12:50 PM
mcm la Malaysia ja cucuk vaksin byk dos....xnk cucuk sudah...
Quote likilu 15-2-2022 03:59 PM
Kkm nak kaji? Lead kkm pun pernah ke masuk lab ate dah study bukan field berkenaan pun!!
Quote amysuzy 15-2-2022 06:04 PM
Korea selatan pun dah nak masuk dos ke 4. Dubai pun dah lama amik dos ke 4. Tak nak amik tak pe tapi tak payah lah  nak buat spekulasi, cari info keliling dunia dulu.
Quote kakikuDibibirmu 15-2-2022 10:35 PM
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN
Quote oggy 16-2-2022 02:19 AM
amysuzy replied at 15-2-2022 06:04 PM
Korea selatan pun dah nak masuk dos ke 4. Dubai pun dah lama amik dos ke 4. Tak nak amik tak pe tapi ...

Nampak sangat nak kondem je kan .. tindakan yang kj buat seiring dengan negara2 lain, itu pun kira kita agak lambat.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050973 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top