Ada pelbagai diet yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan dan salah satunya adalah diet telur rebus yang dikatakan boleh menurunkan berat badan dalam masa tiga hari.
Telur mempunyai khasiat seperti vitamin, mineral, lemak yang baik dan protein yang berkualiti tinggi. Ia boleh dijadikan sebagai diet pilihan yang baik kerana bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi ianya amat berkhasiat. Ada laporan mengatakan diet telur rebus merupakan sejenis permakanan yang menjanjikan penurunan berat badan dengan lebih cepat.
Difahamkan, seseorang yang mahu berdiet dengan telur rebus itu disarankan makan beberapa biji telur setiap hari bersama dengan protein tanpa lemak yang lain.
Selain itu, telur rebus juga boleh dimakan dengan sayur-sayuran dengan buah-buahan rendah karbohidrat. Petikan dari mStar menunjukkan cara betul untuk mengamalkan diet telur rebus. Untuk waktu sarapan, makan sekurang-kurangnya dua biji telur rebus setiap hari dan tidak mengambil makan ringan lain. Untuk pembuka selera pula, boleh gandingkan telur rebus dengan sayur-sayuran seperti asparagus dan tomato. Makan tengahari dan malam, boleh dihidangkan bersama protein tanpa lemak seperti dada ayam ataupun ikan. Perlu diingatkan bahawa diet telur ini hanya disarankan dilakukan selama beberapa minggu pada satu masa sahaja, selepas itu boleh kembali kepada pola makanan biasa yang seimbang. Ada yang pernah mencuba diet telur rebus? Menjadi tak? - CARI
|
akies replied at 14-2-2022 09:57 PM
Tak penah cuba. Lagipun iols makan telur putih je..hat kuning tk makan.
Kolesterol tinggi.
jijilaaa replied at 19-3-2022 10:36 AM
erkk masa nak kawen dulu iols berjaya turun 20kg dgn diet telur tu lah....tp smpai skang i ols tak l ...
ADVERTISEMENT