|
Khamis lepas, tular sebuah video mengenai penemuan seekor ular yang dikesan merayap di ruang penyimpanan barang di dalam pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau.
Kejadian yang turut mendapat perhatian ramai termasuk Zarul Umbrella yang mengulas mengenai tindakan perlu diambil susulan insiden itu.
Katanya, demi keselamatan semua, kapten perlu mencari lapangan terbang terdekat dan mendarat dengan kadar segera. Tambahnya di ruang komen, anak kapal perlu mendaratkan pesawat secepat mungkin dan mengeluarkan reptilia itu dengan kadar segera sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang perlu dituju. Menurut Astro Awani, Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat tersebut, Kapten Liong Tien Ling menyatakan sebaik sahaja menyedari kehadiran reptilia tersebut kapten pesawat telah mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk mengeluarkan ular tersebut.
|
prince_marhaen replied at 15-2-2022 11:17 AM
meols ingatkan ular daddy zarul yang merayap.... ehhh!!!

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.136299 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.