View: 1127|Reply: 3
|
'Ular Pun Nak Terbang, Takut Dia Gigit Wayar Dalam Pesawat Je' - Zarul Umbrella
[Copy link]
|
|
Khamis lepas, tular sebuah video mengenai penemuan seekor ular yang dikesan merayap di ruang penyimpanan barang di dalam pesawat AirAsia AK5748 dari Kuala Lumpur ke Tawau.
Kredit foto: IG Zarul
Kejadian yang turut mendapat perhatian ramai termasuk Zarul Umbrella yang mengulas mengenai tindakan perlu diambil susulan insiden itu.
Katanya, demi keselamatan semua, kapten perlu mencari lapangan terbang terdekat dan mendarat dengan kadar segera.
Kredit foto: IG Zarul
Tambahnya di ruang komen, anak kapal perlu mendaratkan pesawat secepat mungkin dan mengeluarkan reptilia itu dengan kadar segera sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang perlu dituju.
Menurut Astro Awani, Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat tersebut, Kapten Liong Tien Ling menyatakan sebaik sahaja menyedari kehadiran reptilia tersebut kapten pesawat telah mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk mengeluarkan ular tersebut.
Tambah Tieng Ling, juruterbang terbabit telah mengambil tindakan yang wajar dan penerbangan kemudian diteruskan ke Tawau secepat mungkin.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
meols ingatkan ular daddy zarul yang merayap.... ehhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
lain manusia punya ulau je terbang sekarang kakakkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
serammmm....
boleh buat filem niiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|