Jika anda seorang "kaki kereta", anda mungkin mengenali saluran YouTube yang dihasilkan sekumpulan pemuda dari Vietnam iaitu NHET TV.
Saluran YouTube dengan lebih 1 juta pengikut itu pernah menghasilkan pelbagai video pembinaan replika kenderaan seperti dari kereta mewah ke kereta kebal. Anak-anak muda Vietnam itu boleh menghasilkan kenderaan yang mampu bergerak dan berfungsi dengan baik, kretiviti mereka juga amat dikagumi kerana mereka tidak menggunakan kos yang tinggi dan mereka menggunakan bahan-bahan seperti besi, plastik, kotak, logam terpakai dan tanah liat.
Petikan dari Odisi, mereka telah melakukan satu lagi kejutan dengan membina sebuah Bugatti Chiron yang boleh dipandu dan berfungsi dengan baik. Walaupun telah siap, kereta yang dibina hanya menggunakan bahan asas tanah liat dan dihasilkan dalam masa setahun itu masih perlu menjalani beberapa ujian dan naik taraf. Penerangan mengenai video tersebut menceritakan tentang usaha mereka selama setahun untuk menghasilkan sebuah Bugatti Chiron. Dengan rendah diri, mereka juga mengaku yang mereka hanyalah budak kampung miskin dari Vietnam dan mempunyai impian yang besar.
Mereka juga berharap untuk mendapat sokongan penonton dan berjanji akan membuat lebih banyak projek pada masa akan datang. - CARI |
ADVERTISEMENT