Secara fakta, purata bilangan seseorang individu terkentut adalah 13.6 kali dalam sehari. Perkara itu dikaji Pakar Gastroenterologi Amerika Syarikat, Dr Michael Levitt yang mahir mengenai perut kembung iaitu terma perubatan bagi merujuk angin yang dilepaskan dari punggung.
Jelas beliau, secara purata, setiap manusia mengeluarkan antara 500 hingga 2,000 mililiter gas setiap hari melalui bahagian punggung. Seorang lelaki muda yang dirawat Levitt pernah mengeluarkan kentut sehingga 90 kali sehari dengan purata 5,520 mililiter gas setiap hari.
Ahli Terapi Pemakanan dan Osteopati terlatih di Stanlet Wellness Hong Kong, Maxi Schoenteich berkata, intoleransi makanan adalah antara penyebab seseorang membuang angin lebih kerap. “Pemakanan tinggi serat dan makanan yang kaya sulfur seperti brokoli, kubis bunga dan bok choy boleh meningkatkan pengumpulan gas dalam usus. “Namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh makan makanan tersebut kerana ia mempunyai banyak manfaat kesihatan,” katanya seperti dipetik dalam South China Morning Post. Namun, katanya terdapat faktor pemakanan lain dan gaya hidup memainkan peranan yang besar terhadap pelepasan gas tersebut. Jelasnya, mikrooganisma yang kebanyakannya hidup dalam kolon memakan dan membantu memecahkan makanan yang tidak dihadam, seterusnya menghasilkan bahan buangan sendiri. “Lebih banyak sisa bermakna lebih banyak kentut dihasilkan dan menjadi agak berbau. “Gas yang mengalir adalah semula jadi dan biasanya tidak perlu dikawal. “Ia adalah proses biologi yang berlaku kepada semua orang. Apabila kita makan dan minum, kita juga menelan sedikit udara. “Makanan itu kemudian dicerna dan gas termasuk karbon dioksida, metana serta hidrogen terkumpul di dalam usus. Usus mengecut dan menggerakkan kandungannya termasuk gas ke arah dubur sebelum anda kentut,” katanya. Terdapat beberapa amalan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan jumlah dan bau kentut yang terlampau busuk. Schoenteich mencadangkan makan perlahan-lahan supaya anda dapat menelan lebih sedikit udara, minum air supaya anda kurang terdedah kepada sembelit yang juga boleh menyebabkan angin terkumpul serta mengelakkan minuman bergas. Kadangkala, angin kentut berlebihan boleh menjadi petunjuk sesuatu yang serius. Segelintir pengamal perubatan alternatif termasuk orang Cina percaya, kentut seseorang boleh memberi petunjuk yang sangat spesifik tentang keadaan kesihatan usus mereka. Sumber: Utusan
|
OyaTonggek replied at 14-2-2022 03:44 PM
tajuk tt membuatkan meols membaca berkali...igtkan yg lg satu tu...sabun dibilik mandi...rupanya mel ...
Jitu replied at 14-2-2022 03:02 PM
nak kentut tu sila lah perati dulu keadaan sekeliling
krustykrab replied at 14-2-2022 04:21 PM
Kdg tu dia terkeluar tanpa bg amaran
monreyes replied at 14-2-2022 05:31 PM
owner mesti tau yg bakalan kluar tu sepoi2 atau sejenis bom
Artemesiaa replied at 14-2-2022 05:33 PM
Dalam agama pun dah diajar agar makan perlahan2 jangan gelojoh kalau tak angin je yang banyak ditela ...
Skuau replied at 14-2-2022 07:49 AM
sekali imbas...'melancap'...
krustykrab replied at 14-2-2022 04:21 PM
Kdg tu dia terkeluar tanpa bg amaran
Adrif replied at 14-2-2022 04:58 PM
lactose intolerant senang ja. minum susu, satgi semua keluar
krustykrab replied at 14-2-2022 05:58 PM
Tak tau...mcm aku ari tu mujur la tak de sapa2 kat situ...aku batuk, dia kluar sekali dgn batuk... ...
krustykrab replied at 14-2-2022 05:59 PM
Tak.jugak...org tua2 yg makan slow2 ala2 muslimah terpalinh pun terkentut byk jgk
ADVERTISEMENT