CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2505|Reply: 24

Melahap Punca Kerap Kentut

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Secara fakta, purata bilangan seseorang individu terkentut adalah 13.6 kali dalam sehari.


Perkara itu dikaji Pakar Gastroenterologi Amerika Syarikat, Dr Michael Levitt yang mahir mengenai perut kembung iaitu terma perubatan bagi merujuk angin yang dilepaskan dari punggung.




Gambar hiasan




Jelas beliau, secara purata, setiap manusia mengeluarkan antara 500 hingga 2,000 mililiter gas setiap hari melalui bahagian punggung.


Seorang lelaki muda yang dirawat Levitt pernah mengeluarkan kentut sehingga 90 kali sehari dengan purata 5,520 mililiter gas setiap hari.


Ahli Terapi Pemakanan dan Osteopati terlatih di Stanlet Wellness Hong Kong, Maxi Schoenteich berkata, intoleransi makanan adalah antara penyebab seseorang membuang angin lebih kerap.


“Pemakanan tinggi serat dan makanan yang kaya sulfur seperti brokoli, kubis bunga dan bok choy boleh meningkatkan pengumpulan gas dalam usus.


“Namun, ini tidak bermakna kita tidak boleh makan makanan tersebut kerana ia mempunyai banyak manfaat kesihatan,” katanya seperti dipetik dalam South China Morning Post.   


Namun, katanya terdapat faktor pemakanan lain dan gaya hidup memainkan peranan yang besar terhadap pelepasan gas tersebut.


Jelasnya, mikrooganisma yang kebanyakannya hidup dalam kolon memakan dan membantu memecahkan makanan yang tidak dihadam, seterusnya menghasilkan bahan buangan sendiri.


“Lebih banyak sisa bermakna lebih banyak kentut dihasilkan dan menjadi agak berbau.


“Gas yang mengalir adalah semula jadi dan biasanya tidak perlu dikawal.


“Ia adalah proses biologi yang berlaku kepada semua orang. Apabila kita makan dan minum, kita juga menelan sedikit udara.


“Makanan itu kemudian dicerna dan gas termasuk karbon dioksida, metana serta hidrogen terkumpul di dalam usus. Usus mengecut dan menggerakkan kandungannya termasuk gas ke arah dubur sebelum anda kentut,” katanya.




Gambar hiasan




Terdapat beberapa amalan gaya hidup yang boleh membantu mengurangkan jumlah dan bau kentut yang terlampau busuk.


Schoenteich mencadangkan makan perlahan-lahan supaya anda dapat menelan lebih sedikit udara, minum air supaya anda kurang terdedah kepada sembelit yang juga boleh menyebabkan angin terkumpul serta mengelakkan minuman bergas.


Kadangkala, angin kentut berlebihan boleh menjadi petunjuk sesuatu yang serius.


Segelintir pengamal perubatan alternatif termasuk orang Cina percaya, kentut seseorang boleh memberi petunjuk yang sangat spesifik tentang keadaan kesihatan usus mereka.




Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa p bercuti raya cina ku tak dpt melabur secara sempurna maka berangin angin la perut
Stress
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nak kentut tu sila lah perati dulu keadaan sekeliling

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 03:44 PM | Show all posts
tajuk tt membuatkan meols membaca berkali...igtkan yg lg satu tu...sabun dibilik mandi...rupanya melahap...ok2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
OyaTonggek replied at 14-2-2022 03:44 PM
tajuk tt membuatkan meols membaca berkali...igtkan yg lg satu tu...sabun dibilik mandi...rupanya mel ...

sekali imbas...'melancap'...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
best apa kerap kentut...lega yakmat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 14-2-2022 03:02 PM
nak kentut tu sila lah perati dulu keadaan sekeliling

Kdg tu dia terkeluar tanpa bg amaran
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 04:58 PM | Show all posts
lactose intolerant senang ja. minum susu, satgi semua keluar  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-2-2022 04:21 PM
Kdg tu dia terkeluar tanpa bg amaran

owner mesti tau yg bakalan kluar tu sepoi2 atau sejenis bom
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:33 PM | Show all posts
Dalam agama pun dah diajar agar makan perlahan2 jangan gelojoh kalau tak angin je yang banyak ditelan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka org yg suka kentut dalam office. Nak kentut pergi toiletlah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 14-2-2022 05:31 PM
owner mesti tau yg bakalan kluar tu sepoi2 atau sejenis bom

Tak tau...mcm aku ari tu mujur la tak de sapa2 kat situ...aku batuk, dia kluar sekali dgn batuk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 14-2-2022 05:33 PM
Dalam agama pun dah diajar agar makan perlahan2 jangan gelojoh kalau tak angin je yang banyak ditela ...

Tak.jugak...org tua2 yg makan slow2 ala2 muslimah terpalinh pun terkentut byk jgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 07:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 14-2-2022 07:49 AM
sekali imbas...'melancap'...

itulernyeee...kero mata meosl jap tadi..astapuajimmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut jenis mknan kan  klu byk mkn telur pun kentut busuk sbb ada gas amnonia dikeluarkan..nak kentut xde bau mkn mknan kabohidrat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 09:49 PM | Show all posts
krustykrab replied at 14-2-2022 04:21 PM
Kdg tu dia terkeluar tanpa bg amaran

ni yg blh menyebabkan tiba2 rasa nak pengsan klu dlm tmpt yg sempit mcm dlm lif adoi cepat lah pintu lif terbukak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 11:17 PM | Show all posts
Adrif replied at 14-2-2022 04:58 PM
lactose intolerant senang ja. minum susu, satgi semua keluar

Hadoi komen uol ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 11:18 PM | Show all posts
krustykrab replied at 14-2-2022 05:58 PM
Tak tau...mcm aku ari tu mujur la tak de sapa2 kat situ...aku batuk, dia kluar sekali dgn batuk... ...

Dh mcm screenshot plak hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:46 AM | Show all posts
krustykrab replied at 14-2-2022 05:59 PM
Tak.jugak...org tua2 yg makan slow2 ala2 muslimah terpalinh pun terkentut byk jgk

Orang2 tua dah level lain usus pun dah lemah tak sekuat yang muda tak hairan kalau jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:50 PM | Show all posts
prrrooooooooooooooootttttttttt....haaaa lega mek...nyah oiiii....ohhh hoiiiiiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.258056 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list