|
Negara China sekarang ini boleh dikatakan antara negara yang menerajui arena telekomunikasi dengan pelbagai pembangunan baharu termasuk rangkaian 6G yang mungkin akan datang pada tahun 2030.
Kini sejumlah pengkaji telah berjaya lakukan pemindahan data berjumlah 1 terabit dengan jarak 1 kilometer dalam masa 1 saat sahaja.
Petikan dari Amanz, mereka menggunakan pusaran gelombang milimeter, ia adalah salah satu gelombang radio berfrekuensi tinggi, pusaran gelombang milimeter itu dikatakan mempunyai 3 dimensi berbeza dengan komunikasi radio masa kini yang hanya mempunyai 2 dimensi iaitu muat-turun dan muat-naik sahaja. Dengan cara tersebut, ia akan membenarkan lebih banyak informasi dihantar pada gelombang komunikasi. Untuk menjayakannya, ia menggunakan pemancar pusaran atau "Vortex" khas dalam memastikan gelombang itu dapat dihantar dalam 3 dimensi. Difahamkan, penggunaan itu sahaja bukan sahaja menambahkan kelajuan tetapi teknologi pemancar ini juga membuka kepada dimensi baharu dengan sejumlah penawaran dan kebolehan yang baru. Teknologi 6G yang lagi dalam peringkat awal, selain itu teknologi Pusaran (Vortex) dan teknologi terahertz juga digunakan dalam pembangunan. Negara China menyasarkan teknologi itu berkemungkinan akan digunakan oleh pihak ketenteraan terlebih dahulu sebelum akan dikomersialkan seawal tahun 2030. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.977021 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.