CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bakat Tak Boleh Dibeli Dengan Duit, Jaga Maruah Awak' - Ajai Komen 'Straight To The Point'

14-2-2022 11:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4112| Komen: 19|Original author: tatod


Konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC )malam semalam (Ahad) menyaksikan Iqbal Zulkefli sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada program berkenaan.

Hanya mendapat empat peratus markah daripada komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai, komen pemuzik terkenal itu juga mencuri tumpuan ramai apabila dia tanpa berbasa-basi mengatakan Iqbal tidak berbakat untuk menjadi seorang penyanyi.

Kata Ajai, bakat itu adalah pemberian Allah dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Asas penting untuk seseorang terjun ke dunia nyanyian adalah kebolehan semula jadinya. 




"Awak harus terima kenyataan, awak tidak dilahirkan menjadi seorang penyanyi. Walau awak berduit macam mana pun, bakat tak boleh dibeli dengan duit. Bakat itu diberi oleh Allah. Macam mana kita nak beri duit pada Allah sedangkan Dia yang bagi duit kepada kita. 

"Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada yang bertahun-tahun belajar baru pandai. Tapi, apa yang penting di sini, untuk menjadi penyanyi harus diberi bakat dulu. Bakat itu pemberian. Percayalah benda ni.

"Saya pun tidak suka benda ini dijadikan sebagai satu benda lawak. Awak perlu jaga maruah awak," katanya.



Tambah Ajai lagi, walaupun Iqbal tidak mempunyai kebolehan menyanyi tetapi sudah ada rezeki lain yang Allah berikan kepadanya.

"Allah itu adil. Kamu ada rezeki lain. Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki masing-masing," katanya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 14-2-2022 12:22 PM
okay lah tu bal, at least ajai bagi markah tinggi sikit dari peserta musim lepas. kira power lah tu. Done bekap! sila transfer sikit bal ke bank iols
Quote Normabaru 14-2-2022 01:13 PM
Yeke xblh beli?tgk nab elok je nyanyi mcm itek tersepit
Quote mesmerize 14-2-2022 01:35 PM
Ai rasa Iqbal n DSV dah dibayar kaw2 oleh astro..
tengok la last week DSV puji memuja persembahan Iqbal, minggu ni sheols cerca pulak..
Pastu reaksi muka Iqbal pun takde tersentak ke terasa ke bila kena kecam dengan Ajai n DSV, reaksi biasa aje.. nampak sangat dibayar untuk buat 2 minggu kemunculan   
Quote azie5zoe 14-2-2022 01:37 PM
Ajai tak tahu kot yang bal pernah jadi juara nasyid negeri Kelantan dulu.
Quote dudaberhias 14-2-2022 01:45 PM
Eewwww tapi memang terserlah keponen bottom heols di minggu ni, terus kalih channel ke animal planet waktu heols dah perform separuh jalan... Lagi hazab dari si misai kontot... Rasanya yang pertandingan nasyid heols menang tu rasanya untuk orang pekak dan bisu kot.... Soo jurinya terus nobatkan sebagai pemenang sebab nampak la usaha dia dari visual (sebab nak dengar suara heols tak boleh)
Quote Fei.z 14-2-2022 01:45 PM
Suara blh pergi jauh.. jauh dri mic
-komen netizen-

Quote chilly 14-2-2022 02:22 PM
Fei.z: Suara blh pergi jauh.. jauh dr ...


Ahahahaha sape yang komennnn
Quote Fei.z 14-2-2022 04:29 PM
chilly replied at 14-2-2022 02:22 PM
Ahahahaha sape yang komennnn

Komen dlm ig iqbal.. dh die suh komen sgt kan
Quote samshik 14-2-2022 04:34 PM
Lega la die tubik dr jd badut dok kene charut ngn ajai...kita tgk pun rs nk lempang2.. Lagu yg die pilih tu xder susah pun.. Itu pun hauk ke benua  mana smlm
Quote Itzy 14-2-2022 04:49 PM
alahai pembunuh bakat betul la ajai ni. Walau aku tak minat or suka iqbal ni, apa masalahnya dia nak cuba menyanyi. Benda menyanyi ni bukan halal pun, haram dalam islam tambah lagi menyanyi lagu lagha yang takde manfaat. Tak perlu la nak kondem teruk2 ko nyanyi dulu pun sengau je bukan best mana. Nasib ada ex bini ko cover.
Quote orkidorkido 14-2-2022 05:02 PM
Juri professional yang tak professional. Kau focus sajalah dengan penjurian tu ajai. Kalau bagi 0 skalipun, so what, bagi jelah. Tapi kau sibuk ceramah pasal bakat pemberian, rezeki, maruah. Etc. kau cerca dia depan ramai, tak boleh cakap belakang pentas ke? Kenapa nak jatuhkan maruah dia macam tu? Nak hancurkan semangat dia macam tu?

Stick to your professionalism, sebut tentang technicality, buat comparison antara 2 persembahan dia. Kalau nak dia tarik diri, cakap dekat belakang pentas awal-awal, cakap dekat production even cakap dekat media pun takpe tapi bukan telanjangkan maruah dia kat situ.

Walaupun aku menyampah dengan kes dia nak kawin vida dulu tapi kau kena be neutral minded & pro dalam kes ni.
Quote awenda507 14-2-2022 05:08 PM
bagus jugak kene sedebik dgn ajai. dah ramai suh tarik diri nak jugak teruskan. mendapat la kau balll
Quote doubleA 14-2-2022 05:12 PM
Ok ja komen ajai. Exactly apa yg sesetengah org lain maksudkan. Sebab pentas BS tu besar bukan pertandingan nyanyian sekolah. So? Nak menyanyi sgt followers ig ko jela hadap, teruskan la nyanyi utk deme. Toksah semakkan industri
Quote imrb 14-2-2022 05:36 PM
Itzy replied at 14-2-2022 04:49 PM
alahai pembunuh bakat betul la ajai ni. Walau aku tak minat or suka iqbal ni, apa masalahnya dia nak ...


bak mai no akaun - manager iqbal
Quote izat123 14-2-2022 06:36 PM
Dah okay dah Ajai cakap macam tu elok elok. Kena Tok Tan ke komen silap silap menangis Iqbal tu atas pentas. Ajai kalau nak mengamuk pun boleh je jatuh maruah dia dengan Tok Ti kena komen orang macam Iqbal.
Quote TabletSusu 14-2-2022 07:20 PM
2nd week ni dia nyanyi lagu apa? aku x sampai hati nak klik video tu.
Quote alieyrina 14-2-2022 09:05 PM
Aku x penah klik rncgn ni..koserr
Tp kalau kena juri2 veteran aku rs lagi pedih dia kena
Quote akuchenta 14-2-2022 10:11 PM
Sengih je iqbal dgr komen ajai
Quote julia5094 15-2-2022 02:25 PM
Itzy replied at 14-2-2022 04:49 PM
alahai pembunuh bakat betul la ajai ni. Walau aku tak minat or suka iqbal ni, apa masalahnya dia nak ...

Ajai tu mcm mengata ke diri sendiri je...nasib baik ada bakat compose lagu..Tapi tak baik la komen mcm tu. Dah apa kesnya pula tv3 bagi offer kat Iqbal tu??

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.250064 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top