View: 2852|Reply: 19
|
'Bakat Tak Boleh Dibeli Dengan Duit, Jaga Maruah Awak' - Ajai Komen 'Straight To The Point'
[Copy link]
|
|
Konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC )malam semalam (Ahad) menyaksikan Iqbal Zulkefli sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada program berkenaan.
Hanya mendapat empat peratus markah daripada komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai, komen pemuzik terkenal itu juga mencuri tumpuan ramai apabila dia tanpa berbasa-basi mengatakan Iqbal tidak berbakat untuk menjadi seorang penyanyi.
Kata Ajai, bakat itu adalah pemberian Allah dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Asas penting untuk seseorang terjun ke dunia nyanyian adalah kebolehan semula jadinya.
"Awak harus terima kenyataan, awak tidak dilahirkan menjadi seorang penyanyi. Walau awak berduit macam mana pun, bakat tak boleh dibeli dengan duit. Bakat itu diberi oleh Allah. Macam mana kita nak beri duit pada Allah sedangkan Dia yang bagi duit kepada kita.
"Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada yang bertahun-tahun belajar baru pandai. Tapi, apa yang penting di sini, untuk menjadi penyanyi harus diberi bakat dulu. Bakat itu pemberian. Percayalah benda ni.
"Saya pun tidak suka benda ini dijadikan sebagai satu benda lawak. Awak perlu jaga maruah awak," katanya.
Tambah Ajai lagi, walaupun Iqbal tidak mempunyai kebolehan menyanyi tetapi sudah ada rezeki lain yang Allah berikan kepadanya.
"Allah itu adil. Kamu ada rezeki lain. Setiap manusia sudah ditetapkan rezeki masing-masing," katanya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
okay lah tu bal, at least ajai bagi markah tinggi sikit dari peserta musim lepas. kira power lah tu. Done bekap! sila transfer sikit bal ke bank iols |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke xblh beli?tgk nab elok je nyanyi mcm itek tersepit |
|
|
|
|
|
|
|
Ai rasa Iqbal n DSV dah dibayar kaw2 oleh astro..
tengok la last week DSV puji memuja persembahan Iqbal, minggu ni sheols cerca pulak..
Pastu reaksi muka Iqbal pun takde tersentak ke terasa ke bila kena kecam dengan Ajai n DSV, reaksi biasa aje.. nampak sangat dibayar untuk buat 2 minggu kemunculan |
|
|
|
|
|
|
|
Ajai tak tahu kot yang bal pernah jadi juara nasyid negeri Kelantan dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Eewwww tapi memang terserlah keponen bottom heols di minggu ni, terus kalih channel ke animal planet waktu heols dah perform separuh jalan... Lagi hazab dari si misai kontot... Rasanya yang pertandingan nasyid heols menang tu rasanya untuk orang pekak dan bisu kot.... Soo jurinya terus nobatkan sebagai pemenang sebab nampak la usaha dia dari visual (sebab nak dengar suara heols tak boleh) |
|
|
|
|
|
|
|
Fei.z: Suara blh pergi jauh.. jauh dr ...
Ahahahaha sape yang komennnn |
|
|
|
|
|
|
|
chilly replied at 14-2-2022 02:22 PM
Ahahahaha sape yang komennnn
Komen dlm ig iqbal.. dh die suh komen sgt kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lega la die tubik dr jd badut dok kene charut ngn ajai...kita tgk pun rs nk lempang2.. Lagu yg die pilih tu xder susah pun.. Itu pun hauk ke benua mana smlm |
|
|
|
|
|
|
|
alahai pembunuh bakat betul la ajai ni. Walau aku tak minat or suka iqbal ni, apa masalahnya dia nak cuba menyanyi. Benda menyanyi ni bukan halal pun, haram dalam islam tambah lagi menyanyi lagu lagha yang takde manfaat. Tak perlu la nak kondem teruk2 ko nyanyi dulu pun sengau je bukan best mana. Nasib ada ex bini ko cover. |
|
|
|
|
|
|
|
Juri professional yang tak professional. Kau focus sajalah dengan penjurian tu ajai. Kalau bagi 0 skalipun, so what, bagi jelah. Tapi kau sibuk ceramah pasal bakat pemberian, rezeki, maruah. Etc. kau cerca dia depan ramai, tak boleh cakap belakang pentas ke? Kenapa nak jatuhkan maruah dia macam tu? Nak hancurkan semangat dia macam tu?
Stick to your professionalism, sebut tentang technicality, buat comparison antara 2 persembahan dia. Kalau nak dia tarik diri, cakap dekat belakang pentas awal-awal, cakap dekat production even cakap dekat media pun takpe tapi bukan telanjangkan maruah dia kat situ.
Walaupun aku menyampah dengan kes dia nak kawin vida dulu tapi kau kena be neutral minded & pro dalam kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak kene sedebik dgn ajai. dah ramai suh tarik diri nak jugak teruskan. mendapat la kau balll |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ja komen ajai. Exactly apa yg sesetengah org lain maksudkan. Sebab pentas BS tu besar bukan pertandingan nyanyian sekolah. So? Nak menyanyi sgt followers ig ko jela hadap, teruskan la nyanyi utk deme. Toksah semakkan industri |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 14-2-2022 04:49 PM
alahai pembunuh bakat betul la ajai ni. Walau aku tak minat or suka iqbal ni, apa masalahnya dia nak ...
bak mai no akaun - manager iqbal |
|
|
|
|
|
|
|
Dah okay dah Ajai cakap macam tu elok elok. Kena Tok Tan ke komen silap silap menangis Iqbal tu atas pentas. Ajai kalau nak mengamuk pun boleh je jatuh maruah dia dengan Tok Ti kena komen orang macam Iqbal. |
|
|
|
|
|
|
|
2nd week ni dia nyanyi lagu apa? aku x sampai hati nak klik video tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x penah klik rncgn ni..koserr
Tp kalau kena juri2 veteran aku rs lagi pedih dia kena |
|
|
|
|
|
|
|
Sengih je iqbal dgr komen ajai |
|
|
|
|
|
|
|
Ajai tu mcm mengata ke diri sendiri je...nasib baik ada bakat compose lagu..Tapi tak baik la komen mcm tu. Dah apa kesnya pula tv3 bagi offer kat Iqbal tu??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|