Vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, enggan mengulas lanjut desas-desus yang mengatakan anak sulungnya, Ahmad Al Ghazali sudah berkahwin secara rahsia dengan teman wanitanya.
Memetik laporan CNN Indonesia, khabar angin itu mulai bertiup selepas Ahmad Dhani memberikan bayangan mengenai isu berkenaan dalam program Insert Live.
"Saya tidak tahu. Mungkin sudah berkahwin secara rahsia. Tanya pada orangnya," kata penyanyi itu.
Tambahnya lagi, Al Ghazali dan Alyssa juga sedang mencari rumah dan itu menandakan hubungan mereka serius.
Spekulasi itu menjadi lebih kuat selepas tular gambar Al Ghazali dengan kekasihnya, Alyssa Daguise dalam persalinan kebaya dan batik khas pengantin Jawa Tengah.
Warga maya beranggapan gambar berkenaan berkemungkinan diambil ketika sesi fotografi pra-perkahwinan pasangan berkenaan.
Sementara itu, Ustaz Derry Sulaiman terpanggil untuk memberikan kenyataan mengenai perkara terbabit.
Dia mendakwa Ahmad Dhani memberikan tanggungjawab kepadanya untuk urusan pernikahan pasangan terbabit.
Walaupun usia pasangan masih dianggap terlalu muda untuk berkahwin, Ustaz Derry bagaimanapun menyokong pilihan mereka.
"Berkahwin lebih mudah dari zina. Orang yang mempersulitkan pernikahan bererti mereka mempermudahkan zina," katanya.
Sebelum ini, Al Ghazali dan Alyssa sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bagaimanapun penularan virus Covid-19 menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My